Thursday, February 26, 2009

Perihal e-book saya

E-book saya mengutarakan semua persoalan anda untuk menjayakan bisnes dobi, proses-proses dobi yang perlu anda ketahui dari mengambil order daripada pelanggan sehinggalah proses membungkusan pakaian pelanggan. Banyak pertanyaan mengenai buku ini dilontarkan melalui sms? Camna nak dapatkan modal? Camna nak kira kos? Dan camna nak buat loan bank? So semua jawapan itu boleh diperolehi daripada buku e-book saya. Buku ini menggarap semua pengalaman saya semasa membuka dobi dan apakah keistimewaannya?, ianya adalah daripada kisah benar saya, bukan penipuan tapi anda boleh saksikan sendiri kedai saya di sungai petani dan boleh datang berjumpa saya sendiri. Ilmu ini adalah untuk di kongsi, dan jangan sesekali menceburi bidang yang anda tidak mempunyai ilmu. Ilmu ibarat sabagai lampu suluhan yang memberikan anda petunjuk jalan mana yang harus di ambil, ingat anda bukan melabur sedikit tapi bernilai RM30K~RM 100K , jadi tidak salah anda melabur RM50 untuk memberi sedikit penunjuk kepada anda.
Buku ini mempunyai bab-bab berikut :-
1. Pengenalan
2. Siapakah pelanggan anda ~mengenal pasti siapakah pelanggan anda.
3. Process-Process Dobi ~mengenal pasti process2 dobi dan bagaimana mengira kos anda.
4. Feasibility Study ~ bagi mengenal pasti tempat , kawasan dan di mana anda patut membuka dobi.
5. Grand Opening ~ Bila anda nak buka grand opening, apa yang patut anda lakukan.
6. Pengurusan Dobi ~ Menceritakan bagaimana saya menguruskan dobi saya.
7. Bermulanya EZ SMART ~menceritakan bagaimana saya bermulanya membuka dobi…
8. Budget saya ~membentangkan semua budget saya untuk petunjuk anda.
9. Penutup….

Selamat membaca.
EZ Smart.

Monday, February 9, 2009

ARTIKEL PILIHAN MINGGU INI-KEBURUKAN DRY CLEANING@CUCIAN KERING

Apa yang saya dapati ialah cucian kering adalah cara yang membahaya dan tidak selari dengan kehendak Islam didalam aspek pencucian dan penyucian. Cucian kering di Malaysia boleh dikatakan semuanya menggunakan solvent Perchloroethylene (Perc) yang telah mula di berhentikan penggunaannya sedikit demi sedikit di Amerika dan Eropah kerana bahan ini telah terbukti membahayakan kesihatan kerana disyaki boleh menyebabkan barah, merosakkan buah pinggang, salur pernafasan dan lain lain serta mencemar alam sekitar dan udara.
Ia membahaya bukan sahaja kepada pekerja di kedai dobi malahan kepada pengguna kerana Perc tersebut akan tertinggal didalam kain setelah proses dan akan dihidu serta meresap melalui kulit pemakai baju tersebut. Ini amat berbahaya terutama kepada kaum wanita melayu yang rata-rata menggunakan baju sutera. Dari segi penyucian pula, Perc tersebut digunakan berkali-kali untuk mencuci baju dengan dikitar semula apabila mula didapati kotor, menggunakan proses distillation untuk membuang kotoran tetapi bolehkah ia digunakan semula untuk tujuan mensuci? Pengusaha pula tidak melakukan proses distillation ini pada setiap load cucian dan ini menyebabkan kotoran dari satu load cucian akan dipindahkan kepada load cucian yang baru. Saya telah menjumpai dua website yang mengatakan cucian kering didalam Islam adalah tidak menyucikan dan salah satu website tersebut mengatakan tidak sah sembahyang memakai baju yang telah di cuci kering.Saya terus membuat penyelidikan untuk mencari alternative untuk cucian kering dan alhamdullilah rupanya di Amerika dan Eropah telah meluas menggunakan kaedah 'Wet cleaning' selama 12 tahun dimana mesin khas menggunakan bahan pencuci yang khas dan air digunakan untuk mencuci sutera dan fabrik lain yang dahulunya hanya di cuci kering. Tiada apa-apa yang diguna semula atau di recycle untuk mencuci. Saya mula mencari pembekal alat tersebut dan rupanya di Malaysia sistem Wet clean ini telah mula digunakan oleh pengusaha dobi. Malangnya mereka tidak berani untuk memberitahu pengguna mengenai sistem ini dan masih 'claim' yang mereka menjalan cucian kering, mungkin kerana takut tidak diterima oleh pengguna di Malaysia padahal hasil cuciannya amat baik dan banyak kelebihan lain. Saya ingin menekankan disini bahawa sistem wet clean ini memberi lebih banyak kelebihan dari cucian kering (terlalu banyak untuk diterangkan disini, mungkin lain kali) dan hasilnya lebih baik dari cucian kering. Mungkin dahula kita tidak ada pilihan untuk mencuci baju sutera, jaket dan lain yang memerlukan cucian kering, tetapi sekarang alhamdullilah kita telah ada pilihan menggunakan sistem wet clean yang selamat dan selari dengan kehendak mensuci secara Islam. Apa yang perlu sekarang adalah mendidik pengguna tentang kebaikan sistem ini dan pengguna sepatutnya menyokong penggunaannya dan berhenti menggunakan cucian kering yang menggunakan solvent Perc. Pengusaha dobi yang menggunakan sistem wet clean telah menggunakannya tanpa sebarang masalah. Saya akan cuba bertanya kepada pembekal sistem ini senarai pengusaha Wet clean dan kita bolehlah mula menggunakan perkhidmatan ini. Saya telah memulakan perniagaan dobi saya dan menggunakan sistem wet clean ini .Saya ingin mendapatkan pendangan dari yang arif ugama dan lebih baik lagi sekiranya ada fatwa mengenai cucian kering kerana ia telah terbukti merbahayakan kesihatan dan bahan cuci Perc digunakan secara recycle dalam proses cucian kering. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keburukan cucian kering dan kelebihan 'Wet cleaning' bolehlah menaip 'perchloroethylene dry clean' atau wet cleaning di Google. Terima kasih

Sunday, February 8, 2009

Introduction of my company....

EZ Smart Enterprise (AS0288864-A)
Sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan dobi bagi sekitar kawasan sungai petani utara. Syarikat ini telah diasaskan pada May2006 di Kedah dan kini telah mula meningkat naik. Dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan diterajui oleh Encik Hezir dan isteri. Setelah berkecimpung selama 2 tahun, perniagaan telah meningkat naik dengan sales lebih kurang RM150 sehingga RM250 sehari tapi still growing. Ingin berkongsi pengalaman kami melalui penerbitan buku e-book kami …."Dobi-biz knowhow". Buku ini mengupas selok belok perniagaan dobi daripada pengalaman selama 2 tahun ini. Daripada modal permulaan, alatan yang di perlukan, jenis-jenis mesin dan bagaimana membuat pengurusan dobi. Yang paling penting kami bekalkan kepada anda modal kami untuk membuka dobi dan pecahan-pecahan kepada semua kos-kos.
Kepada yang berminat untuk memulakan bisnes dobi ataupun ingin mengetahui selok belok bisnes dobi kami sila hantar sms ke 0194300053.
register.ebook.nama anda
Kami hanya mengenakan sedikit bayaran RM50 bagi setiap email bersama e-book kepada anda .
Pengalaman kami adalah untuk dikongsi semua, walaupun kami charge sikit bagi admin kos sahaja,sila sms kepada kami untuk mendapatkan e-book ini.
Daripada,
EZ SMART