Sunday, October 18, 2009

Perkhidmatan Dobi Layan Diri

Salam Semua,
Dah lama saya tak update blog saya. Maklumlah sibuk sikit sekarang ini. Syarikat saya telah memasuki bidang baru iaitu membekalkan mesin perkhidmatan dobi layan diri kepada sekolah, kolej ataupun IPT. Syarikat sedang berurusan dengan sekolah , institusi kerajaan bagi membekalkan perkhidmatan ini, tengah berbincang. Insyaalah jika tidak ada aral melintang akan memulakan projek pertama pada bulan November atau Disember ini.
Ingin saya terangkan sedikit kepada pembaca-pembaca blog ini apakah perkhidmatan dobi layan diri ini. Perkhidmatan dobi layan diri ini telah di jalankan oleh beberapa syarikat dan bisnes ini telah mendapat sambutan pihak sekolah, kolej ataupun IPT. Semua sekolah, kolej dan juga IPT memerlukan perkhidmatan ini bagi memudahkan pelajarnya mencuci baju dan rasanya menjimatkan mereka juga. Bayangkan kalau mereka menghantar baju ke kedai dobi, akan dikenakan bayaran sebanyak 2 2.00 / kg tetapi melalui mesin yang ditempatkan di bangunan asrama mereka, mereka hanya perlu membayar sebanyak 2.00 / cucian, amat menjimatkan bukan!.
Selain daripada itu pelajar juga boleh mencuci pakaian mereka bila-bila masa sahaja mereka suka iaitu 24 jam .Pelajar hanya perlu memasukkan syiling ke dalam mesin dengan jumlah yang ditetapkan dan mesin akan beroperasi. Mesin pula akan ditempatkan di kawasan /bangunan asrama pelajar-pelajar. Ia dapat menjimatkan masa pelajar supaya pelajar dapat konsentrasi bagi matapelajaran mereka.
Jika anda ingin maklumat lebih lanjut silalah sms ke 019-4300053.
Sekian.
EZ Smart