Thursday, January 14, 2010

Perkhidmatan Dobi Layan Diri ~bahagian kedua…

"Bangun malam(pagi) balik malam", begitulah suasana hidup sekarang. Ia di monopoli oleh kesibukan pekerjaan dan setiap orang tidak ada masa bagi menguruskan makanan dan pakaian mereka. Maka terbitlah "mee segera" bagi orang yang tidak sempat memasuki dapur dan begitu jugalah pakaian mereka. So jalan penyelesaian bagi menguruskan pakaian mereka adalah perkhidmatan dobi layan diri. Ia semakin popular di negara kita lebih-lebih lagi di kampus institusi pengajian tinggi, asrama-asrama sekolah dan kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan tinggi.
Konsep telah lama diperkenalkan di Eropah dan Jepun tetapi masih baru di Malaysia dan mungkin akan menjadi satu bisnes yang amat di minati suatu hari nanti.
Dengan memasukkan wang 10 sen, 20 sen dan 50 sen, cucian pakaian dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat berbanding mencuci sendiri dengan tangan atau di rumah(tidak perlu pening kepala kos machine, elektrik atau air). Masa untuk mencuci juga sangat fleksibel: pagi, petang, siang atau malam mengikut keperluan sendiri. Caj juga murah.Jika anda berminat dengan bisnes ini, di mana tempat yang paling sesuai?Dua tempat yang menjadi tumpuan ialah kolej atau asrama penginapan pelajar IPT dan juga kawasan perumahan.Bagi pelajar, dobi layan diri memudahkan hidup mereka untuk belajar kerana dapat menguruskan masa mencuci tanpa mengganggu pelajaran. Bagi yang malas mencuci, dobi layan diri adalah jalan penyelesaian yang sangat hebat!Kolej kediaman yang menyediakan dobi seperti ini dapat memberi nilai tambah untuk perkhidmatan yang disediakan supaya pelajar dapat tinggal dengan selesa. Malahan pihak kolej tidak perlu menyediakan ruang yang luas untuk cucian tangan.Kadar caj yang dikenakan terhadap pengguna adalah bergantung kepada rundingan yang dibuat antara Pemilik Dobi Layan Diri dengan pemilik kolej/asrama tetapi standard caj adalah seperti berikut :
RM2.00-RM3.00 Setiap Basuhan standard (muatan maksima 7 kg)
Setiap Pengeringan RM3.00 (muatan maksima 7 kg)
Perkhidmatan 24 jam
Lokasi-lokasi mesin yang berdekatan iaitu di kediaman-kediaman pengguna
Persekitaran membasuh yang bersih dan cekap serta berkesan
Menjimatkan masa dan perbelanjaan
Faedah-faedah Untuk Pemilik Kolej/Asrama
Tiada kos operasi yang ditanggung pemilik kolej/asrama.
Dapat menjana kos sewaan tapak mesin.
Dapat menyediakan perkhidmatan pelbagai kepada pelanggan/pelajar
Meningkatkan nilai tambah kepada pemilik premis
Syarikat EZ Smart Enterprise ingin mengajak sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini sebagai pengusaha dobi layan diri dimana pengusaha boleh berbincang dengan pihak yang berkenaan-kolej/sekolah atau universiti bagi membekalkan perkhidmatan dobi layan diri ini. Syarikat EZ Smart Enterprise akan membekalkan mesin kepada pengusaha dengan harga yang berpatutan.
Jika anda memerlukan info boleh lah menghubungi saya di talian 019-4300053.