Sunday, March 1, 2009

Starting EZ Smart....

Segala bermula bilamana ku mencari-cari untuk memulakan perniagaan dan ku mula bertemu dengan pemilik-pemilik bisnes dari stesen petrol pam, restoran, servis moto shop dan lain-lain lagi. Lalu terjumpalah aku dengan FORUM putra dan di situlah pembelajaran ku. Ku research semua info dari internet, berjumpa dengan segala laundry supplier dan laundry operator maka kemudian pada bulan September 2006, aku membuat keputusan untuk membuka bisnes ini. Jadi aku pun bermulalah research aku berkenaan dobi ini modal, jenis-jenis dan lain-lain berkaitan .
Ku berjumpa dengan laundry operator di Sg Petani dan Penang bagi mengenal lebih lanjut berkenaan dobi. Lalu ku jumpa pula dengan laundry supplier yang kebanyakannya dari KL dan aku amat memerlukan mentor, so aku pun ambil laundry supplier dari penang bagi pembelajaranku. Dah decide mana laundry supplier yang ku perlukan, aku pula research pasal bisnes dobi di sungai petani. Total di sungai petani pada masa itu sudah ada 24 dobi yang sudah beroperasi. So agaknya maju juga bisnes ni di sungai petani kataku. So aku pun membuat bisnes paper bagi tujuan peminjaman loan. Ku pergi interview di PUNB , tapi gagal di sebabkan PUNB mempunyai rekod yang tak baik dengan peminjam sebelum ini yang mempunyai perniagaan yang sama dan lokasi yang sama. Walaupun aku cuba meyakinkan mereka tetapi mereka tetap dengan keputusannya.
Perkara yang tersangatlah penting adalah bilamana anda membuat keputusan bagi pembelian mesin dan juga tempat perniagaan. Ini anda perlu membuat research sikit berkenaan kawasan itu, apakah product yang anda nak tawarkan. Normal wash bagi pemakaian harian dan juga dry cleaning bagi pemakaian harian adalah penting bagi membuat keputusan ini. Demografi penduduk kawasan itu adalah sangat penting yang boleh membantu anda membuat keputusan. Kebanyakan pelanggan kedai dobi adalah melayu kerana melayu banyak menggunakan dry cleaning bagi membasuh baju kurung, dan melayu banyak menggunakan toto bagi kegunaan harian. Kedua-dua product ini adalah sangat tinggi bagi di hantar ke pusat dobi.

Oppss..ada keje sikit..nanti saya sambung balik...