Thursday, May 20, 2010

Kenapa anda ingin membuka kedai dobi?

Banyak orang bertanya kenapa saya membuka bisnes DOBI, jadi saya bertanya pula kepadanya….apakah bisnes yang anda rasa senang bagi anda untuk mengurus dan modal yang rendah……itulah jawapannya…
Banyak daripada ragu-ragu untuk memasuki bisnes ini dengan melihat iklan-iklan berbunyi ….
DOBI UNTUK DIJUAL atau
BISNES DOBI UNTUK DIAMBIL ALIH…

memang saya akui bisnes ini banyak cabaran ….perkara-perkara yang tak dijangka akan berlaku dan adakah kita benar-benar memahami bisnes ini…Income dobi juga adalah tidak sebanyak kedai runcit sehari, sebaris dengan kedai saya, ada kedai runcit dan bila ditanya pendapatannya sehari, katanya average adalah RM1500 ~ RM 2500 tetapi dobi saya adalah sekitar RM150 ~ RM250 , so memang banyak pendapatan kedai runcit tetapi berapakah untungnya ? Untung runcit bagi kedai runcit adalah sekitar 10% sahaja , jadi untungnya adalah lebih kurang RM150 ~RM250 dan bagi dobi pula untungnya adalah sekitar 70% so untung saya sehari adalah sekitar RM100~RM175 , so yang mana pilihan anda..tepuk dada tanya selera…..
Dan ada yang bertanya pula, bila nak belajar DOBI nie, seelok-elok dengan siapa?
Dan , bila kita ikut cakap orang tua-tua dulu, bila nak mengaji , dia akan hantar kepada tok guru yang memang arif dan tok guru ini pun memang cikgu/mahir dalam mengaji, so bila nak belajar , carilah orang yang betul-betul arif di dalam bidangnya dan orang yang arif di dalam dobi adalah
1. Orang yang dah berpengalaman menguruskan dobi
2. Orang yang telah membuka kedai dobi yang melebihi 2 tahun
3. Orang yang tahu selok belok perjalanan kedai dobinya…

Banyak saya jumpa orang membekalkan mesin dobi tetapi dia sendiri tiada pengalaman mengendalikan mesin tersebut dan dia juga tidak mengetahui jenis pakaian yang boleh dibasuh dengan mesin tersebut. Saya bukanlah pandai tetapi saya mempunyai pengalaman menguruskan kedai dobi selama lebih 3 tahun dan anda boleh datang sendiri di kedai saya bagi melihatkan kesungguhan saya di dalam bisnes dobi ini.

Bacalah ebook saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai DOBI bisnes..
Lawat http://ebookdobi.blogspot.com