Thursday, January 14, 2010

Perkhidmatan Dobi Layan Diri ~bahagian kedua…

"Bangun malam(pagi) balik malam", begitulah suasana hidup sekarang. Ia di monopoli oleh kesibukan pekerjaan dan setiap orang tidak ada masa bagi menguruskan makanan dan pakaian mereka. Maka terbitlah "mee segera" bagi orang yang tidak sempat memasuki dapur dan begitu jugalah pakaian mereka. So jalan penyelesaian bagi menguruskan pakaian mereka adalah perkhidmatan dobi layan diri. Ia semakin popular di negara kita lebih-lebih lagi di kampus institusi pengajian tinggi, asrama-asrama sekolah dan kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan tinggi.
Konsep telah lama diperkenalkan di Eropah dan Jepun tetapi masih baru di Malaysia dan mungkin akan menjadi satu bisnes yang amat di minati suatu hari nanti.
Dengan memasukkan wang 10 sen, 20 sen dan 50 sen, cucian pakaian dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat berbanding mencuci sendiri dengan tangan atau di rumah(tidak perlu pening kepala kos machine, elektrik atau air). Masa untuk mencuci juga sangat fleksibel: pagi, petang, siang atau malam mengikut keperluan sendiri. Caj juga murah.Jika anda berminat dengan bisnes ini, di mana tempat yang paling sesuai?Dua tempat yang menjadi tumpuan ialah kolej atau asrama penginapan pelajar IPT dan juga kawasan perumahan.Bagi pelajar, dobi layan diri memudahkan hidup mereka untuk belajar kerana dapat menguruskan masa mencuci tanpa mengganggu pelajaran. Bagi yang malas mencuci, dobi layan diri adalah jalan penyelesaian yang sangat hebat!Kolej kediaman yang menyediakan dobi seperti ini dapat memberi nilai tambah untuk perkhidmatan yang disediakan supaya pelajar dapat tinggal dengan selesa. Malahan pihak kolej tidak perlu menyediakan ruang yang luas untuk cucian tangan.Kadar caj yang dikenakan terhadap pengguna adalah bergantung kepada rundingan yang dibuat antara Pemilik Dobi Layan Diri dengan pemilik kolej/asrama tetapi standard caj adalah seperti berikut :
RM2.00-RM3.00 Setiap Basuhan standard (muatan maksima 7 kg)
Setiap Pengeringan RM3.00 (muatan maksima 7 kg)
Perkhidmatan 24 jam
Lokasi-lokasi mesin yang berdekatan iaitu di kediaman-kediaman pengguna
Persekitaran membasuh yang bersih dan cekap serta berkesan
Menjimatkan masa dan perbelanjaan
Faedah-faedah Untuk Pemilik Kolej/Asrama
Tiada kos operasi yang ditanggung pemilik kolej/asrama.
Dapat menjana kos sewaan tapak mesin.
Dapat menyediakan perkhidmatan pelbagai kepada pelanggan/pelajar
Meningkatkan nilai tambah kepada pemilik premis
Syarikat EZ Smart Enterprise ingin mengajak sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini sebagai pengusaha dobi layan diri dimana pengusaha boleh berbincang dengan pihak yang berkenaan-kolej/sekolah atau universiti bagi membekalkan perkhidmatan dobi layan diri ini. Syarikat EZ Smart Enterprise akan membekalkan mesin kepada pengusaha dengan harga yang berpatutan.
Jika anda memerlukan info boleh lah menghubungi saya di talian 019-4300053.

Sunday, October 18, 2009

Perkhidmatan Dobi Layan Diri

Salam Semua,
Dah lama saya tak update blog saya. Maklumlah sibuk sikit sekarang ini. Syarikat saya telah memasuki bidang baru iaitu membekalkan mesin perkhidmatan dobi layan diri kepada sekolah, kolej ataupun IPT. Syarikat sedang berurusan dengan sekolah , institusi kerajaan bagi membekalkan perkhidmatan ini, tengah berbincang. Insyaalah jika tidak ada aral melintang akan memulakan projek pertama pada bulan November atau Disember ini.
Ingin saya terangkan sedikit kepada pembaca-pembaca blog ini apakah perkhidmatan dobi layan diri ini. Perkhidmatan dobi layan diri ini telah di jalankan oleh beberapa syarikat dan bisnes ini telah mendapat sambutan pihak sekolah, kolej ataupun IPT. Semua sekolah, kolej dan juga IPT memerlukan perkhidmatan ini bagi memudahkan pelajarnya mencuci baju dan rasanya menjimatkan mereka juga. Bayangkan kalau mereka menghantar baju ke kedai dobi, akan dikenakan bayaran sebanyak 2 2.00 / kg tetapi melalui mesin yang ditempatkan di bangunan asrama mereka, mereka hanya perlu membayar sebanyak 2.00 / cucian, amat menjimatkan bukan!.
Selain daripada itu pelajar juga boleh mencuci pakaian mereka bila-bila masa sahaja mereka suka iaitu 24 jam .Pelajar hanya perlu memasukkan syiling ke dalam mesin dengan jumlah yang ditetapkan dan mesin akan beroperasi. Mesin pula akan ditempatkan di kawasan /bangunan asrama pelajar-pelajar. Ia dapat menjimatkan masa pelajar supaya pelajar dapat konsentrasi bagi matapelajaran mereka.
Jika anda ingin maklumat lebih lanjut silalah sms ke 019-4300053.
Sekian.
EZ Smart

Thursday, August 27, 2009

Jana pendapatan HANDPHONE dengan modal rendah

"Peluang baik bagi pencari kerja sambilan dari rumah!!
Daftar percuma kemudian aktif dengan modal rendah . Website promosi di beri percuma.
Tidak jual produk, modal rendah, tidak perlu keluar rumah cari orang!
Klik di sini utk daftar free sekarang"


http://prepaid4u.net/?id=mhezirs




Bisnes Lain...

http://www.igetworld.com/?ref=mhezirs03

Friday, July 17, 2009

PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS PROJEK / RANCANGAN PERNIAGAAN OLEH EZ SMART ENTERPRISE

1.0TUJUAN
2. LATAR BELAKANG PROJEK
2.1 PENGENALAN
· Lokasi projek /keluasan
· Latar belakang industri dan trend pasaran
· Senario masa hadapan
2.2 SYARIKAT / KUMPULAN
· Profil Syarikat
· Kepakaran Ahli dan Pengalaman
2.3 LATAR BELAKANG PENGUSAHA / AHLI
· Latar Belakang Pengusaha, Nama, Alamat, telefon
· Pengalaman
· Kelulusan akademik
· Kepakaran
· Kursus dan latihan ( peserta diwajibkan menghadiri kursus berkaitan sebelum pembiayaan diluluskan)
2.4 MODEL/KONSEP PERNIAGAAN/KEUSAHAWANAN
3. RANCANGAN PENGURUSAN
· Diuruskan sendiri oleh pengusaha; atau
· Project Management Consultant (PMC)
· Kakitangan pengurusan
· Pengalaman/kepakaran
· Jawatan dalam Bahagian/Agensi
· Struktur organisasi
4. RANCANGAN PEMASARAN
· Analisis Pemasaran
- Ramalan jualan – perlu buat analisis pelanggan, pasaran dan perkhidmatan
- Kaji arah aliran pasaran dalam industri
- Mengukur saiz pasaran
- Pesaing
· Ramalan Jualan
· Strategi Pemasaran
- Strategi pemasaran secara keseluruhan spt bagaimana mengahapi pesaing dari segi kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
- Contract farming/manufacturing
· Strategi Perkhidmatan
- Faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan
· Strategi Harga
- penentuan harga
- Tawaran harga dan sebagainya
· Strategi Pengedaran
- cara pengedaran dibuat
- Kos-kos terlibat
- Rancangan jangka pendek dan panjang jualan tersebut
· Strategi Promosi
- Teknik-teknik promosi yang dijalankan
· Belanjawan Pemasaran

5. RANCANGAN OPERASI
· Perkhidmatan/produk ditawarkan
· Proses operasi
· Keupayaan operasi
· Senarai bahan mentah (jika ada)
· Pembekal bahan mentah / sumber produk
· Khidmat sokongan / bantuan daripada agensi
· Senarai pekerja terlibat
6. RANCANGAN KEWANGAN
Rancangan kewangan akan memastikan sejauhmana kebenaran andaian/ramalan yang dibuat dalam pasaran, jualan dan kos-kos terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ianya boleh digunakan untuk menilai dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan. Rancangan kewangan merangkumi:
· Kos projek – kos tetap / kos berubah
· Sumber pembiayaan
- sendiri daripada peserta
pembiayaan
Profoma aliran tunai – bulanan dan tahunan ( 3 – 5 tahun)
· Profoma penyata pendapatan – tahunan (3 – 5 tahun)
· Analisis ROI / pay back period
7. JADUAL PELAKSANAAN PROJEK
· Tunjukkan peringkat-peringkat perlaksanaan projek
8. PENGLIBATAN AGENSI KERAJAAN
· FAMA / JABATAN PERTANIAN / PENTERNAKAN / HAIWAN / LPP/LPPK / MARDI / LKIM / AGENSI DI BAWAH KERAJAAN NEGERI DLL
9. PENGURUSAN RISIKO PROJEK
· Cagaran / Penjamin
· Kajian Teknikal / Pengesahan Jabatan/Agensi Kerajaan
· Cadangan pengurangan risiko projek
10. PENUTUP
Bahagian ini merupakan kesimpulan atau rumusan yang memberi gambaran yang menyeluruh mengenai perniagaan yang dijalankan. Pengusaha juga boleh memberi sebarang maklumat sokongan lain yang boleh memberi justifikasi mengenai daya maju perniagaan

Monday, June 15, 2009

Pengenalan mengenai DOBI...

Pengetahuan am bagi dobi adalah vital bagi anda yang ingin mengusahakan bisnes ini. Bisnes yang memerlukan anda anda mengetahui bagamana untuk mengasingkan pakaian mengikut textile dan color lalu memilih washing program yang sesuai. Anda juga perlu mengetahui bagaimana menggunakan detergent yang sesuai bagi melunturkan semua kekotoran yang melekat di pakaian yang hendak di cuci.

Washing atau cucian

Secara amnya , cucian dobi boleh diketagorikan mengikut jenis-jenisnya. Ada banyak cara bagi membuat cucian tetapi kebiasaannya ada 4 cara yang selalu di gunakan :-

Tradisional washing
Ini adalah cara biasa yang digunakan di rumah anda iaitu menggunakan detergent, air dan mesin basuh bagi melunturkan kotoran.

Wet Cleaning
Wet Cleaning adalah inovasi bagi dry cleaning. Ia menggunakan air sebagai solvent dan memerlukan special additive dan detergent bagi melunturkan kekotoran.

Dry Cleaning
Dry Cleaning adalah sensitif air, ia menggunakan organic detergent bagi melunturkan kekotoran.
Liquid CO2 Cleaning
Ini adalah teknologi terbaru dan belum diterokai sepenuhnya lagi.
Ia menggunakan Liquid CO2 sebagai solvent dan ia boleh dikitar semula.


FAQ mengenai ebook dobi….

1. Bagaimana saya boleh percaya yang anda bukan penipu?
Seperti yang saya katakan, saya mempunyai kedai dobi EZ SMART LAUNDRY (AS0288864- A) yang terletak di No 30 Persiaran Bandar Amanjaya 5, Sg Petani dan telah pun beroperasi semenjak May,2007. Dobi saya anda boleh lihat sendri seperti dalam gambar dan jika anda berada di kawasan sg petani anda boleh datang melihat dobi saya. Di samping itu juga anda boleh menanyakan client saya seperti yang saya catatkan di dalam profile saya.

2.Apa yang saya boleh mempelajari dengan membaca e-book ini?
Anda akan mengetahui selok belok dobi bisnes seperti didalam content yang saya paparkan seperti jenis-jenis dobi, proses dan pengurusannya. Anda akan lebih berinformasi dengan adanya e-book ini sebagai rujukan untuk anda memulakan bisnes dobi.

3.Bagaimana untuk membeli e-book ini?
Hanya sms ke 0194300053 dan arahan akan di berikan. Dan setelah saya confirm bank in anda, ebook dobi akan dihantar terus ke email anda. Proses ini akan berlaku kurang daripada 4 jam dan anda sudah boleh membacanya.

4. Adakah ebook ini mempamirkan kos bagi memulakan dobi?
Ya , ebook ini mempamirkan kos-kos bagi memulakan dobi dan yang menariknya anda boleh mendapatkan kos saya memulakan dobi.

5.Adakah ebook ini mengajar saya bagaimana untuk memilih mesin?
Ya, ebook ini mengajar anda asas bagi setiap mesin dan anda boleh memilih mengikut kesesuaian anda.

6.Adakah ebook ini telah dibeli oleh orang ramai?
Ya, sudah tentu. Terima kasih kepada Azahari (Sarawak), Syahrain (Johor),Izaiyuddin(Pahang),Halim(KL) dan lain-lain lagi.

7.Berapakah modal untuk membuka perniagaan ini?
Modal yang diperlukan adalah sekitar RM20 ribu sehingga RM300 ribu.

8. Berapakah pulangan bagi perniagaan ini?
Pulangannya sekitar 2 ke 3 tahun tetapi mungkin setahun bagi yang concentrate dry cleaning sepenuhnya.

9. Siapakah yang patut menceburinya?
Siapa pun boleh menceburinya kerana ia amatlah mudah seperti membasuh baju di rumah.

Jika anda inginkan keterangan lanjut, sila sms ke 0194300053.

TERTINGGAL RM15,000….

Salam semua,

Hari ahad lepas , saya ada berborak dengan seorang pekerja dobi di kawasan sungai petani dan dari perbualan itu berkisar mengenai kejadian-kejadian menarik yang berlaku di dobi beliau. Katanya sepanjang dia mengendalikan dobi ada banyak perkara-perkara yang tak dapat dilupakan dan ada satu perkara yang tak dapat dilupakan sehingga hari ini iaitu pelanggan meninggalkan duit didalam pocket seluar, bukannya banyak tapi RM15,000 cash dengan note RM50 berbungkus. Terketar-ketar bila membukanya dan perasaan masa itu memanglah ada terdetik " mahu aje ku simpan duit ini" ..katanya di suatu benak hatinya…
Tetapi di sebabkan beliau ingin mengusahakan dobi yang amanah maka duit itu dipulangkan kepada tuanya..seorang doktor yang amat disenangi di sungai petani….
Perkhidmatan dobi banyak menjumpai barang-barang tinggalan pelanggan di dalam kocek seluar mereka dan selalunya $$$ menjadi carta nombor satu tinggalan barang. Kedai saya pun tidak terkecuali dan saya selalu nasihatkan pekerja saya memulangkan tinggalan $$$ kepada tuannya kerana ini adalah satu lagi perkhidmatan yang kita ingin tonjolkan, iaitu perkhidmatan yang JUJUR.

Sunday, March 1, 2009

Starting EZ Smart....

Segala bermula bilamana ku mencari-cari untuk memulakan perniagaan dan ku mula bertemu dengan pemilik-pemilik bisnes dari stesen petrol pam, restoran, servis moto shop dan lain-lain lagi. Lalu terjumpalah aku dengan FORUM putra dan di situlah pembelajaran ku. Ku research semua info dari internet, berjumpa dengan segala laundry supplier dan laundry operator maka kemudian pada bulan September 2006, aku membuat keputusan untuk membuka bisnes ini. Jadi aku pun bermulalah research aku berkenaan dobi ini modal, jenis-jenis dan lain-lain berkaitan .
Ku berjumpa dengan laundry operator di Sg Petani dan Penang bagi mengenal lebih lanjut berkenaan dobi. Lalu ku jumpa pula dengan laundry supplier yang kebanyakannya dari KL dan aku amat memerlukan mentor, so aku pun ambil laundry supplier dari penang bagi pembelajaranku. Dah decide mana laundry supplier yang ku perlukan, aku pula research pasal bisnes dobi di sungai petani. Total di sungai petani pada masa itu sudah ada 24 dobi yang sudah beroperasi. So agaknya maju juga bisnes ni di sungai petani kataku. So aku pun membuat bisnes paper bagi tujuan peminjaman loan. Ku pergi interview di PUNB , tapi gagal di sebabkan PUNB mempunyai rekod yang tak baik dengan peminjam sebelum ini yang mempunyai perniagaan yang sama dan lokasi yang sama. Walaupun aku cuba meyakinkan mereka tetapi mereka tetap dengan keputusannya.
Perkara yang tersangatlah penting adalah bilamana anda membuat keputusan bagi pembelian mesin dan juga tempat perniagaan. Ini anda perlu membuat research sikit berkenaan kawasan itu, apakah product yang anda nak tawarkan. Normal wash bagi pemakaian harian dan juga dry cleaning bagi pemakaian harian adalah penting bagi membuat keputusan ini. Demografi penduduk kawasan itu adalah sangat penting yang boleh membantu anda membuat keputusan. Kebanyakan pelanggan kedai dobi adalah melayu kerana melayu banyak menggunakan dry cleaning bagi membasuh baju kurung, dan melayu banyak menggunakan toto bagi kegunaan harian. Kedua-dua product ini adalah sangat tinggi bagi di hantar ke pusat dobi.

Oppss..ada keje sikit..nanti saya sambung balik...