Tuesday, March 9, 2010

Adakah anda sedang tercari-cari bisnes yang sesuai.


"Adakah anda sedang tercari-cari perniagaan yang sesuai untuk anda mulakan. Mungkin anda rasakan Perniagaan DOBI sesuai bagi anda. Ketahuilah selok belok perniagaan ini dengan e-book DOBI KHOWHOW ini dan ia mungkin merubah masa depan ekonomi anda!!!!"

IKLAN~~LAPORAN PERCUMA : RAHSIA JUTAWAN DARI RUMAH


Adakah ini yang masih bercelaru di dalam minda anda sekarang....
Tiada ilmu langsung terhadap bisnes ini
Tidak tahu arah tujuan bagaimana membina bisnes ini
Kursus telah dihadiri tetapi masih tidak cukup ilmu dan kurang yakin.
Kursus telah dihadiri tetapi mendapati maklumat tidak lengkap.
Takut untuk menghadiri kursus kerana 'fees' yang dikenakan terlalu mahal.
Tidak mahu hadiri kursus sebab mahal.
Tidak ada masa untuk hadiri kursus

Adakah anda menghadapi masaalah seperti di atas. Jika jawapannya "YA" , bagaimanakah anda ingin meneruskan impian anda………...
"Jadi..dapatkan Maklumat berkenaan Bisnes Dobi dengan Cara yang lebih Mudah dan Berkesan. Langkah Demi Langkah tanpa meninggalkan keluarga dan keselesaan anda"


Ya, ramai orang kata senang buat duit dengan bisnes dobi ini. Memang benar! Semudah ABC jika anda tahu cara yang sebenarnya. Tapi anda pasti fikir yang bisnes dobi ini:

"Aku ni bukan tahu dobi-mendobi ni, bagaimana pula nak mulakannya.."
"Aku mana ada modal nak mula. Mesti pakai modal besar ni.."
" Aku mana ada masa sangat..siang kerja, malam dengan family..tiada masa lah.."
"Betul ke bisnes dobi ni? Boleh dapat duit ke?"
" Takutlah! Kalau tak dapat hasil camne ye…"
" Tak tahulah nak buat promosi ni..cam susah je."
" Halal ke bisnes dobi ni?"


Bagaimana? Sekurang-kurangnya pasti salah satu dari persoalan berikut terfikir oleh anda.
Itulah penghalang bagi anda untuk memulakan bisnes DOBI ni , ditambah lagi dengan wujudnya perniagaan dobi ini untuk dijual didalam akhbar-akhbar tempatan dan seperti biasa, kata-kata pelemah semangat dari keluarga atau rakan-rakan…

"Saya juga alami masalah seperti anda dahulu.."
Untuk makluman anda, suatu ketika dulu iaitu sebelum May 2006, saya juga seperti anda. Saya banyak hutang, walaupun kerja tetap, dapat gaji habis bayar hutang saja. Pening kepala! Hutang kad kredit dan lain-lain hutang, bersih saya dapat dari gaji saya pada masa itu hanyalah RM100 ke RM200. Tulah duit yang boleh saya belanjakan..Tapi, kehidupan saya berubah selepas saya memulakan bisnes dobi ini secara part time berdasarkan hasil kajian saya sendiri, tidak ada tunjuk ajar dari sesiapa.



IKLAN~~LAPORAN PERCUMA : RAHSIA JUTAWAN DARI RUMAH


Saya berhutang dengan bank RM50,000 dan modal saya sendiri RM30,000 untuk membuka bisnes ini dan alhamdulillah , setelah 3 tahun , saya mendapat hasilnya. Dan sehingga kini, saya sentiasa melakukan try anda error dalam pemasaran dobi saya . Tapi kini hasilnya...Alhamdulillah.
Anda juga boleh seperti saya, menjana pendapatan melalui bisnes DOBI. Tapi, anda tidak perlu alami kesusahan seperti yang saya alami untuk memulakan bisnes DOBI. Anda tidak perlu hadapi semua masalah itu..
Sebabnya saya telah menulis kesemua yang anda perlukan dalam ebook saya….
Sekarang dengan ebook DOBI BISNES KNOW HOW anda boleh mengetahui BISNES DOBI tanpa membazirkan MASA dan WANG RINGGIT untuk mengikuti kursus dan latihan yang jauh dari rumah anda. Anda boleh lakukan di RUMAH bersama keluarga tersayang.

Maklumat tersedia di depan mata , Perniagaan Dobi dengan Cara yang lebih mudah dan Berkesan. Langkah Demi Langkah tanpa meninggalkan keluarga dan keselesaan anda.


Dengan berbekalkan pengalaman yang hampir 3 tahun maka lahirlah EBOOK BISNES DOBI KNOW HOW, dengan tujuan membantu menyediakan asas dan maklumat terkini yang kukuh kepada bakal-bakal usahawan yang berminat didalam perniagaan ini.
Perniagaan DOBI berkembang dengan pesat dan pusat DOBI tumbuh bagaikan cendawan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Anda juga boleh lihat berbagai pertanyaan berkenaan perniagaan ini di forum-forum utama dan juga kesanggupan institusi bank dan badan kerajaan menyediakan Dana memulakan perniagaan DOBI, seperti MARA, Tekun, PUNB dan sebagainya. Tidak kurang juga Perniagaan DOBI yang ingin dijual seperti yang selalu terdapat di dalam akhbar-akhbar tempatan.

Bisnes Dobi sebenarnya suatu bisnes yang boleh mendatang keuntungan yang lumayan dan amat mudah untuk diuruskan. Oleh sebab itu RAHSIA perniagaan ini TERSIMPAN sejak berabad lamanya dan tidak diterokai oleh orang bumiputera khususnya tetapi akhir-akhir ini banyak sudah dobi-dobi bumiputera tetapi banyak juga masalah yang timbul kerana kurangnya pengetahuan dalam bidang ini secara terperinci.

MENGAPAKAH BISNES DOBI INI MUDAH DIJALANKAN? KERANA.....
Amatlah Mudah Untuk Dijalankan
Keuntungan yang tinggi
Boleh Dijadikan Perniagaan Warisan Keluarga
Kos Operasi yang Rendah
Kos Memulakan Perniagaan yang Rendah.
Hakikatnya bisnes ini sangat menguntungkan jika kena caranya.
Anda mungkin mempunyai hajat dan niat untuk memulakan perniagaan DOBI, tetapi mempunyai bermacam-macam persoalan yang perlu dijawab, diantaranya.....

Bagaimana Mendapatkan Bantuan Mengenai Lesen Perniagaan?
Bagaimana Mendapatkan Bantuan Mengenai Lesen Perniagaan?
Dimanakah Mendapatkan Bantuan Kewangan?
Apakah Jenis Mesin Yang Sesuai Digunakan?
Bagaimanakah membuat susunatur kedai?
Berapakah modal untuk memulakan Perniagaan Dobi?
Apakah Saya Layak Menjalankan Perniagaan Dobi?
Apakah Proses Operasi Kedai Dobi?
Bagaimanakah Mencari Lokasi yang Kedai yang Sesuai?.
Apakah Peralatan yang Perlu disediakan?
Apakah Ciri-ciri Lokasi yang Baik?
Apakah konsep Dobi yang sesuai dijalankan?
Kepada siapakah boleh dirujuk jika menghadapi masalah?
Apakah Masalah yang dijangka akan timbul?



Mungkin terdapat seribu satu soalan yang anda fikirkan, yang menyebabkan anda berhati-hati untuk memulakan perniagaan ini. Apakah anda berasa setimpal dengan bayaran atau fees yang akan dikenakan sekiranya anda menghadiri bengkel dan seminar perniagaan ini?. Boleh anda mengingati semua maklumat yang diberikan semasa bengkel dijalankan?. Antara masalah utama yang selalu ditanya oleh bakal usahawan adalah berkenaan kos menghadiri seminar yang tinggi dan maklumat yang tidak lengkap, ia termasuk juga kos makan dan minum, penginapan, petrol, tol dan terpaksa meninggalkan keluarga hanya terpaksa menghadiri bengkel yang diadakan.
Kini Anda Tidak Perlu Lagi Memikirkan Masalah Tersebut dan Memeningkan Kepala Anda. DOBI BISNES KNOW HOW – Akan memberikan tunjuk ajar bagaimana memulakan bisnes DOBI dan akan dapat melegakan masalah anda dan menukar pengetahun anda menjadi seorang EXPERT dalam bisnes ini.......


IKLAN~~LAPORAN PERCUMA : RAHSIA JUTAWAN DARI RUMAH


E-Book ini menyediakan 10 BAB yang menjadi panduan kepada Usahawan-usahawan DOBI.
1.Pengenalan
Menerangkan kepada anda bisnes dobi dengan bisnes yang lain.
2.Definasi DOBI
Definasi DOBI dan jenis-jenisnya. Anda akan mengetahui jenis bagaimana dobi yang anda
inginkan.
3. Memahami siapakah pelanggan anda?
Memahami pelanggan anda dan kawasan manakah anda ingin meletakkan kedai anda.
4. Memahami proses-proses DOBI?
Memahami secara lengkap proses-proses dobi dan juga mengira kosnya.
5. Memahami marketing strategi?
Memahami marketing strategi untuk dobi anda dan strategi yang boleh anda gunakan untuk
meningkatkan jualan.
6. Feasibility Study bagi DOBI.
Ini adalah kajian yang boleh anda lakukan untuk melihat adalah menguntungkan jika anda
membuka dobi di sesuatu kawasan.
7. Grand Opening
Bagaimana untuk membuat sedikit kejutan di hari pembukaan kedai anda.
8. Pengurusan DOBI
Selok belok pengurusan DOBI.
9. Bermulanya EZ Smart
Cerita bagaimana saya membuka dobi.
10. Penutup
Menariknya saya sisipkan kesemua kos-kos saya membuka dobi dan sisipan salah satu
"branded" mesin dobi…


Siapakah yang perlu membeli Ebook DOBI Know How?
E-Book yang lengkap ini, saya yakin perlu dimiliki oleh setiap usahawan yang berpandangan jauh.

Usahawan yang berminat dengan Perniagaan Dobi
Usahawan Dobi yang ingin Menambah Pengetahuan Berkenaan Perniagaan Dobi
Pegawai-Pegawai Bank, Agensi Kerajaan yang terlibat dalam Menilai 'Pelan Perniagaan' Usahawan
Pelajar-pelajar yang membuat Kursus Usahawan dan Menjadikan 'Perniagaan Dobi' sebagai Kajian atau Analisa
Bakal-bakal pesara yang sedang mencari peluang perniagaan yang ingin diceburi

Apakah yang akan anda perolehi selepas membaca Ebook DOBI Know How ?.
Anda Sudah Memahami Adakah Bisnes Dobi Ini Serasi Atau Tidak Dengan Jiwa Anda.
Anda Sudah Memahami Asas Operasi Dobi
Anda Sudah Memahami Bagaimana Menguruskan Bisnes Dobi
Anda Sudah Memahami Bagaimana Mengira Kos-kos Dobi
Anda Sudah Memahami Apakah Ciri-ciri Lokasi Yang Sesuai Untuk Kedai Dobi Anda
Anda Sudah Memahami Konsep Kedai yang sesuai untuk kedai dobi anda.
Anda Sudah Memahami Jenis mesin yang Sesuai untuk kedai dobi anda
Anda Sudah Memahami Bagaimana Membuat Marketing Strategy
Anda sudah Bersedia Untuk Membuka Bisnes Dobi



OK lah, saya berminat dengan Ebook Dobi Know How ini, Berapakah harganya ?
Jadi berapakah harga yang sanggup anda bayar kepada satu EBOOK yang dapat memberikan anda dengan ilmu dan pengetahuan yang di KUMPUL selama 3 tahun dalam masa 1 hari?
Bukan….dengan harga RM280.00, RM250.00, RM200.00, RM180.00, RM150.00, RM120.00, RM90

Tapi hanya RM 80.00 untuk sebuah Ebook DOBI KNOW HOW

Hanya sms ke 0194300053


IKLAN~~LAPORAN PERCUMA : RAHSIA JUTAWAN DARI RUMAH


jika anda berminat….saya akan memberikan arahan lanjut bagi proses bank in
dan juga penghantarannya…..

Gagal Merancang, Adalah Anda Merancang Untuk Gagal
Hezir
mhezirs@gmail.com

Thursday, January 14, 2010

Perkhidmatan Dobi Layan Diri ~bahagian kedua…

"Bangun malam(pagi) balik malam", begitulah suasana hidup sekarang. Ia di monopoli oleh kesibukan pekerjaan dan setiap orang tidak ada masa bagi menguruskan makanan dan pakaian mereka. Maka terbitlah "mee segera" bagi orang yang tidak sempat memasuki dapur dan begitu jugalah pakaian mereka. So jalan penyelesaian bagi menguruskan pakaian mereka adalah perkhidmatan dobi layan diri. Ia semakin popular di negara kita lebih-lebih lagi di kampus institusi pengajian tinggi, asrama-asrama sekolah dan kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan tinggi.
Konsep telah lama diperkenalkan di Eropah dan Jepun tetapi masih baru di Malaysia dan mungkin akan menjadi satu bisnes yang amat di minati suatu hari nanti.
Dengan memasukkan wang 10 sen, 20 sen dan 50 sen, cucian pakaian dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat berbanding mencuci sendiri dengan tangan atau di rumah(tidak perlu pening kepala kos machine, elektrik atau air). Masa untuk mencuci juga sangat fleksibel: pagi, petang, siang atau malam mengikut keperluan sendiri. Caj juga murah.Jika anda berminat dengan bisnes ini, di mana tempat yang paling sesuai?Dua tempat yang menjadi tumpuan ialah kolej atau asrama penginapan pelajar IPT dan juga kawasan perumahan.Bagi pelajar, dobi layan diri memudahkan hidup mereka untuk belajar kerana dapat menguruskan masa mencuci tanpa mengganggu pelajaran. Bagi yang malas mencuci, dobi layan diri adalah jalan penyelesaian yang sangat hebat!Kolej kediaman yang menyediakan dobi seperti ini dapat memberi nilai tambah untuk perkhidmatan yang disediakan supaya pelajar dapat tinggal dengan selesa. Malahan pihak kolej tidak perlu menyediakan ruang yang luas untuk cucian tangan.Kadar caj yang dikenakan terhadap pengguna adalah bergantung kepada rundingan yang dibuat antara Pemilik Dobi Layan Diri dengan pemilik kolej/asrama tetapi standard caj adalah seperti berikut :
RM2.00-RM3.00 Setiap Basuhan standard (muatan maksima 7 kg)
Setiap Pengeringan RM3.00 (muatan maksima 7 kg)
Perkhidmatan 24 jam
Lokasi-lokasi mesin yang berdekatan iaitu di kediaman-kediaman pengguna
Persekitaran membasuh yang bersih dan cekap serta berkesan
Menjimatkan masa dan perbelanjaan
Faedah-faedah Untuk Pemilik Kolej/Asrama
Tiada kos operasi yang ditanggung pemilik kolej/asrama.
Dapat menjana kos sewaan tapak mesin.
Dapat menyediakan perkhidmatan pelbagai kepada pelanggan/pelajar
Meningkatkan nilai tambah kepada pemilik premis
Syarikat EZ Smart Enterprise ingin mengajak sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini sebagai pengusaha dobi layan diri dimana pengusaha boleh berbincang dengan pihak yang berkenaan-kolej/sekolah atau universiti bagi membekalkan perkhidmatan dobi layan diri ini. Syarikat EZ Smart Enterprise akan membekalkan mesin kepada pengusaha dengan harga yang berpatutan.
Jika anda memerlukan info boleh lah menghubungi saya di talian 019-4300053.

Sunday, October 18, 2009

Perkhidmatan Dobi Layan Diri

Salam Semua,
Dah lama saya tak update blog saya. Maklumlah sibuk sikit sekarang ini. Syarikat saya telah memasuki bidang baru iaitu membekalkan mesin perkhidmatan dobi layan diri kepada sekolah, kolej ataupun IPT. Syarikat sedang berurusan dengan sekolah , institusi kerajaan bagi membekalkan perkhidmatan ini, tengah berbincang. Insyaalah jika tidak ada aral melintang akan memulakan projek pertama pada bulan November atau Disember ini.
Ingin saya terangkan sedikit kepada pembaca-pembaca blog ini apakah perkhidmatan dobi layan diri ini. Perkhidmatan dobi layan diri ini telah di jalankan oleh beberapa syarikat dan bisnes ini telah mendapat sambutan pihak sekolah, kolej ataupun IPT. Semua sekolah, kolej dan juga IPT memerlukan perkhidmatan ini bagi memudahkan pelajarnya mencuci baju dan rasanya menjimatkan mereka juga. Bayangkan kalau mereka menghantar baju ke kedai dobi, akan dikenakan bayaran sebanyak 2 2.00 / kg tetapi melalui mesin yang ditempatkan di bangunan asrama mereka, mereka hanya perlu membayar sebanyak 2.00 / cucian, amat menjimatkan bukan!.
Selain daripada itu pelajar juga boleh mencuci pakaian mereka bila-bila masa sahaja mereka suka iaitu 24 jam .Pelajar hanya perlu memasukkan syiling ke dalam mesin dengan jumlah yang ditetapkan dan mesin akan beroperasi. Mesin pula akan ditempatkan di kawasan /bangunan asrama pelajar-pelajar. Ia dapat menjimatkan masa pelajar supaya pelajar dapat konsentrasi bagi matapelajaran mereka.
Jika anda ingin maklumat lebih lanjut silalah sms ke 019-4300053.
Sekian.
EZ Smart

Thursday, August 27, 2009

Jana pendapatan HANDPHONE dengan modal rendah

"Peluang baik bagi pencari kerja sambilan dari rumah!!
Daftar percuma kemudian aktif dengan modal rendah . Website promosi di beri percuma.
Tidak jual produk, modal rendah, tidak perlu keluar rumah cari orang!
Klik di sini utk daftar free sekarang"


http://prepaid4u.net/?id=mhezirs




Bisnes Lain...

http://www.igetworld.com/?ref=mhezirs03

Friday, July 17, 2009

PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS PROJEK / RANCANGAN PERNIAGAAN OLEH EZ SMART ENTERPRISE

1.0TUJUAN
2. LATAR BELAKANG PROJEK
2.1 PENGENALAN
· Lokasi projek /keluasan
· Latar belakang industri dan trend pasaran
· Senario masa hadapan
2.2 SYARIKAT / KUMPULAN
· Profil Syarikat
· Kepakaran Ahli dan Pengalaman
2.3 LATAR BELAKANG PENGUSAHA / AHLI
· Latar Belakang Pengusaha, Nama, Alamat, telefon
· Pengalaman
· Kelulusan akademik
· Kepakaran
· Kursus dan latihan ( peserta diwajibkan menghadiri kursus berkaitan sebelum pembiayaan diluluskan)
2.4 MODEL/KONSEP PERNIAGAAN/KEUSAHAWANAN
3. RANCANGAN PENGURUSAN
· Diuruskan sendiri oleh pengusaha; atau
· Project Management Consultant (PMC)
· Kakitangan pengurusan
· Pengalaman/kepakaran
· Jawatan dalam Bahagian/Agensi
· Struktur organisasi
4. RANCANGAN PEMASARAN
· Analisis Pemasaran
- Ramalan jualan – perlu buat analisis pelanggan, pasaran dan perkhidmatan
- Kaji arah aliran pasaran dalam industri
- Mengukur saiz pasaran
- Pesaing
· Ramalan Jualan
· Strategi Pemasaran
- Strategi pemasaran secara keseluruhan spt bagaimana mengahapi pesaing dari segi kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
- Contract farming/manufacturing
· Strategi Perkhidmatan
- Faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan
· Strategi Harga
- penentuan harga
- Tawaran harga dan sebagainya
· Strategi Pengedaran
- cara pengedaran dibuat
- Kos-kos terlibat
- Rancangan jangka pendek dan panjang jualan tersebut
· Strategi Promosi
- Teknik-teknik promosi yang dijalankan
· Belanjawan Pemasaran

5. RANCANGAN OPERASI
· Perkhidmatan/produk ditawarkan
· Proses operasi
· Keupayaan operasi
· Senarai bahan mentah (jika ada)
· Pembekal bahan mentah / sumber produk
· Khidmat sokongan / bantuan daripada agensi
· Senarai pekerja terlibat
6. RANCANGAN KEWANGAN
Rancangan kewangan akan memastikan sejauhmana kebenaran andaian/ramalan yang dibuat dalam pasaran, jualan dan kos-kos terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ianya boleh digunakan untuk menilai dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan. Rancangan kewangan merangkumi:
· Kos projek – kos tetap / kos berubah
· Sumber pembiayaan
- sendiri daripada peserta
pembiayaan
Profoma aliran tunai – bulanan dan tahunan ( 3 – 5 tahun)
· Profoma penyata pendapatan – tahunan (3 – 5 tahun)
· Analisis ROI / pay back period
7. JADUAL PELAKSANAAN PROJEK
· Tunjukkan peringkat-peringkat perlaksanaan projek
8. PENGLIBATAN AGENSI KERAJAAN
· FAMA / JABATAN PERTANIAN / PENTERNAKAN / HAIWAN / LPP/LPPK / MARDI / LKIM / AGENSI DI BAWAH KERAJAAN NEGERI DLL
9. PENGURUSAN RISIKO PROJEK
· Cagaran / Penjamin
· Kajian Teknikal / Pengesahan Jabatan/Agensi Kerajaan
· Cadangan pengurangan risiko projek
10. PENUTUP
Bahagian ini merupakan kesimpulan atau rumusan yang memberi gambaran yang menyeluruh mengenai perniagaan yang dijalankan. Pengusaha juga boleh memberi sebarang maklumat sokongan lain yang boleh memberi justifikasi mengenai daya maju perniagaan

Monday, June 15, 2009

Pengenalan mengenai DOBI...

Pengetahuan am bagi dobi adalah vital bagi anda yang ingin mengusahakan bisnes ini. Bisnes yang memerlukan anda anda mengetahui bagamana untuk mengasingkan pakaian mengikut textile dan color lalu memilih washing program yang sesuai. Anda juga perlu mengetahui bagaimana menggunakan detergent yang sesuai bagi melunturkan semua kekotoran yang melekat di pakaian yang hendak di cuci.

Washing atau cucian

Secara amnya , cucian dobi boleh diketagorikan mengikut jenis-jenisnya. Ada banyak cara bagi membuat cucian tetapi kebiasaannya ada 4 cara yang selalu di gunakan :-

Tradisional washing
Ini adalah cara biasa yang digunakan di rumah anda iaitu menggunakan detergent, air dan mesin basuh bagi melunturkan kotoran.

Wet Cleaning
Wet Cleaning adalah inovasi bagi dry cleaning. Ia menggunakan air sebagai solvent dan memerlukan special additive dan detergent bagi melunturkan kekotoran.

Dry Cleaning
Dry Cleaning adalah sensitif air, ia menggunakan organic detergent bagi melunturkan kekotoran.
Liquid CO2 Cleaning
Ini adalah teknologi terbaru dan belum diterokai sepenuhnya lagi.
Ia menggunakan Liquid CO2 sebagai solvent dan ia boleh dikitar semula.


FAQ mengenai ebook dobi….

1. Bagaimana saya boleh percaya yang anda bukan penipu?
Seperti yang saya katakan, saya mempunyai kedai dobi EZ SMART LAUNDRY (AS0288864- A) yang terletak di No 30 Persiaran Bandar Amanjaya 5, Sg Petani dan telah pun beroperasi semenjak May,2007. Dobi saya anda boleh lihat sendri seperti dalam gambar dan jika anda berada di kawasan sg petani anda boleh datang melihat dobi saya. Di samping itu juga anda boleh menanyakan client saya seperti yang saya catatkan di dalam profile saya.

2.Apa yang saya boleh mempelajari dengan membaca e-book ini?
Anda akan mengetahui selok belok dobi bisnes seperti didalam content yang saya paparkan seperti jenis-jenis dobi, proses dan pengurusannya. Anda akan lebih berinformasi dengan adanya e-book ini sebagai rujukan untuk anda memulakan bisnes dobi.

3.Bagaimana untuk membeli e-book ini?
Hanya sms ke 0194300053 dan arahan akan di berikan. Dan setelah saya confirm bank in anda, ebook dobi akan dihantar terus ke email anda. Proses ini akan berlaku kurang daripada 4 jam dan anda sudah boleh membacanya.

4. Adakah ebook ini mempamirkan kos bagi memulakan dobi?
Ya , ebook ini mempamirkan kos-kos bagi memulakan dobi dan yang menariknya anda boleh mendapatkan kos saya memulakan dobi.

5.Adakah ebook ini mengajar saya bagaimana untuk memilih mesin?
Ya, ebook ini mengajar anda asas bagi setiap mesin dan anda boleh memilih mengikut kesesuaian anda.

6.Adakah ebook ini telah dibeli oleh orang ramai?
Ya, sudah tentu. Terima kasih kepada Azahari (Sarawak), Syahrain (Johor),Izaiyuddin(Pahang),Halim(KL) dan lain-lain lagi.

7.Berapakah modal untuk membuka perniagaan ini?
Modal yang diperlukan adalah sekitar RM20 ribu sehingga RM300 ribu.

8. Berapakah pulangan bagi perniagaan ini?
Pulangannya sekitar 2 ke 3 tahun tetapi mungkin setahun bagi yang concentrate dry cleaning sepenuhnya.

9. Siapakah yang patut menceburinya?
Siapa pun boleh menceburinya kerana ia amatlah mudah seperti membasuh baju di rumah.

Jika anda inginkan keterangan lanjut, sila sms ke 0194300053.

TERTINGGAL RM15,000….

Salam semua,

Hari ahad lepas , saya ada berborak dengan seorang pekerja dobi di kawasan sungai petani dan dari perbualan itu berkisar mengenai kejadian-kejadian menarik yang berlaku di dobi beliau. Katanya sepanjang dia mengendalikan dobi ada banyak perkara-perkara yang tak dapat dilupakan dan ada satu perkara yang tak dapat dilupakan sehingga hari ini iaitu pelanggan meninggalkan duit didalam pocket seluar, bukannya banyak tapi RM15,000 cash dengan note RM50 berbungkus. Terketar-ketar bila membukanya dan perasaan masa itu memanglah ada terdetik " mahu aje ku simpan duit ini" ..katanya di suatu benak hatinya…
Tetapi di sebabkan beliau ingin mengusahakan dobi yang amanah maka duit itu dipulangkan kepada tuanya..seorang doktor yang amat disenangi di sungai petani….
Perkhidmatan dobi banyak menjumpai barang-barang tinggalan pelanggan di dalam kocek seluar mereka dan selalunya $$$ menjadi carta nombor satu tinggalan barang. Kedai saya pun tidak terkecuali dan saya selalu nasihatkan pekerja saya memulangkan tinggalan $$$ kepada tuannya kerana ini adalah satu lagi perkhidmatan yang kita ingin tonjolkan, iaitu perkhidmatan yang JUJUR.