Thursday, May 19, 2011

Perniagaan DOBI

Pengenalan

Pengetahuan am bagi dobi adalah vital bagi anda yang ingin mengusahakan bisnes ini. Bisness yang memerlukan anda anda mengetahui bagamana untuk mengasingkan pakaian mengikut textile dan color lalu memilih washing program yang sesuai. Anda juga perlu mengetahui bagaimana menggunakan detergent yang sesuai bagi melunturkan semua kekotoran yang melekat di pakaian yang hendak di cuci.

Washing atau cucian

Secara amnya , cucian dobi boleh diketagorikan mengikut jenis-jenisnya. Ada banyak cara bagi membuat cucian tetapi kebiasaannya ada 4 cara yang selalu di gunakan :-

 Tradisional washing
Ini adalah cara biasa yang digunakan di rumah anda iaitu menggunakan detergent, air dan mesin basuh bagi melunturkan kotoran.

 Wet Cleaning
Wet Cleaning adalah inovasi bagi dry cleaning. Ia menggunakan air sebagai solvent dan memerlukan special additive dan detergent bagi melunturkan kekotoran.

 Dry Cleaning
Dry Cleaning adalah sensitif air, ia menggunakan organic detergent bagi melunturkan kekotoran.

 Liquid CO2 Cleaning
Ini adalah teknologi terbaru dan belum diterokai sepenuhnya lagi. Ia menggunakan Liquid CO2 sebagai solvent dan ia boleh dikitar semula.


Jika anda inginkan maklumat lanjut , bacalah buku e-book saya . Klik sini

Thursday, January 13, 2011

Tender PLKN keluar!!!

Salam,

Bagi pengusaha-pengusaha dobi tender PLKN keluar lagi bagi negeri-negeri Perlis, Kedah, Penang,Perak,Negeri Sembilan dll. Anda boleh melawat laman web khidmatnegara untuk mendapat keterangan lanjut. Tender kali ini menggunakan borang manual dan anda sudah semestinya kena membeli dengan harga RM50 bagi setiap dokumen. Dokumen di jual di bangunan ZETRO, wangsa maju, KL.

Marilah sama-sama memasuki tender yang dibuka hanya 3 tahun sekali, mana tahu kali ini rezeki anda!!!

Regards,
EZ Smart

Wednesday, December 29, 2010

Bagaimana memasuki TENDER dobi kerajaan?

Tender kerajaan memerlukan setiap kedai dobi berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang kod 221708 . Setiap permohonan mesti di kemukan kepada Kementerian kewangan melalui Ecomerce Dot Com. Anda boleh membuat permohonan kepada agensi yang memberikan perkhidmatan ini . Kosnya , rasanya anda perlu bertanya sendiri kepada agensi yang terlibat. Setelah anda mendapat lesen kewangan ini anda boleh memasuki tender-tender kerajaan yang di-iklan di dada akhbar-akhbar tempatan ataupun anda di panggil bagi memasuki tender setelah anda berdaftar dengan Kementerian tersebut. Walaupun saya tidak pernah mendapat kontrak secara terus melalui urusan tender ini, banyak juga yang telah saya cuba untuk mendapatkan tender contohnya tender dobi bagi PLKN dan sebagainya. Mungkin sekarang ini jika kita memasuki sesuatu tender , ramai yang datang tidak kurang 100 syarikat dengan kekadang tu satu syarikat pulak membawa lebih dari 5 lesen. Ini yang terjadi bila saya memasuki tender PLKN dalam bulan 11 semasa sesi lawatan tapak. Ya, banyak syarikat yang terlibat dengan tender ini. Peluang orang baru memang tipis tetapi saya akan tetap mencuba selagi saya masih terlibat dengan bisnes DOBI ini.

Jadi untuk mengulas lanjut mengenai tender ini, mungkin saya tidak dapat membantu anda tetapi kebanyakan prosesnya mungkin saya boleh membantu. Saya banyak mendapat kontrak melalui sub-sub dari dobi lain dan inilah yang sedikit sebanyak membantu perjalanan syarikat saya…dari dobi untuk baju lokap, baju rela dan banyak sub untuk cadar sekolah.

Tahun ini juga tahun yang tak bernasib baik bagi tender kerajaan saya kerana satu pun tidak mengena tetapi alhamdullillah dobi saya masih mendapat sambutan walaupun telah ada saingan daripada pembukaan dobi baru di kawasan saya.

Sekian.
SELAMAT TAHUN BARU.

EZ Smart

Monday, November 15, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha 2010M / 1431H

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera !

Di kesempatan yang serba ringkas ini saya mewakili EZ Smart Laundry
ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha
buat semua pembaca blog saya yang setia dan hebat ini.

Kepada mereka yang ingin balik kampung, cubalah berhati-hati semasa memandu dan yang paling penting sekali, selamat pergi dan kembali dengan
selamat, dan yang masih bekerja saya ucapkan selamat maju jaya dalam apa jua urusan.
Moga dipermudahkan dan dirahmati Allah Rabbul Izzati.

Saya tahun ni hari raya korban di Penanti , Penang bersama keluarga. Jika
ada mana-mana mereka yang berkesempatan boleh jumpa sama-sama
solat hari raya di Masjid Guar Perahu, Penang :)


Selamat berhari raya !

Wassalam

Salam perjuangan,
Md Hezir Sulaiman
Pemilik rahsiadobi.com

Monday, September 6, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..

Salam Semua.
Hari Raya Aidilfitri tinggal hanya beberapa hari lagi.
Bagaimana bisnes DOBI anda .
Alhamdulillah dobi saya penuh pada minggu terakhir ini.
Anda bagaimana?

Saya rasa kesemua kedai dobi dalam keadaan kelam kabut menyiapkan langsir-langsir yang banyak dihantar pada hari-hari terakhir ramadhan.
Memang dah tak sabar saya untuk berhari raya di kampung bersama keluarga tercinta dan berhari raya dengan sanak saudara.
Masa ni lah kita dapat berjumpa mereka yang berada di perantauan yang pulang berhari raya setahun sekali, ada yang berubah rupa , ada yang telah menambah zuriat dan ada yang menayang kereta baru…( ini yang best nie…)


Ramadhan amatlah bererti bagi umat islam dan saya mengharap kita menggunakan peluang sepenuhnya untuk beribadat di bulan ini yang mana ganjarannya sangatlah tinggi (cuma saya mis juga sembahyang terawih, anda bagaimana?)

Dan satu lagi puasa mesti penuh yek?
Kalau tak penuh , anda tak layak beraya ..kata mak saya la…
(kecuali bagi orang perempuan)


Dan satu lagi…bayarlah zakat kerana ia menyucikan dosa kita semasa kita berpuasa kut-kut ada tersilap (perkara-perkara yang hampir membatalkan puasa)

Haaa...Bila tulis nie, macam ustaz pulak… Hehehe. Gurau aje.

Anda balik raya ke mana kali ni? Saya balik ke …Yan , Kedah.
Sambut di sana. Raya ke-2@3, baru balik ke Penang.
Dobi bercuti dari Raya Pertama sehingga Raya Ke-4.

Apapun... Saya memperingatkan supaya ANDA berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung.
Jangan merempit di jalan raya.
Jalan raya bukan tempat berlumba..
Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.

Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Jika ada salah silap dari saya, minta diampunkan. Saya manusia biasa tak boleh lari dari melakukan kesilapan...

SELAMAT HARI RAYA

Salam dari saya,
Hezir
EZ SMART LAUNDRY
Owner of rahsiadobi.com

video

Sunday, August 8, 2010

Dobi Pada Bulan Ramadhan,

Salam Semua,

Umat Islam serata dunia akan menyambut bulan mulia, bulan Ramadhan dalam beberapa hari saja lagi. Kemeriahan bulan puasa yang bakal tiba dengan bermacam-macam sambutan oleh kita seperti Pasar Ramadhan, khenduri berbuka, khenduri tarawih, berbuka bersama keluarga, dan juga membeli belah bagi persiapan hari Raya.

Di sinilah banyak usahawan-usahawan SEGERA yang mengambil peluang menjana pendapatan ketika bulan puasa sama ada di pasar Ramadhan dengan menjual makan minum, mahupun di gerai-gerai menjual pakaian dan aksesori untuk menyambut perayaan. Peluang di ambil dengan begitu bijak sekali.

Baru-baru ini saya ada berbual dengan seorang usahawan KUIH di bulan Ramadhan sahaja . Dia hanya menumpukan jualan kuih pada musim ramadhan melalui tempahan-tempahan yang di ambil di kilang-kilang, office-office dan juga orang perseorangan yang menempah. Terkejut saya, jualannya adalah melebihi RM50,000 sebulan. Wow..Dan ada juga usahawan yang berpendapatan sehingga beratus ribu ringgit!

Ini adalah kerana, ketika musim perayaan (tidak kira musim perayaan apa pun), emosi dan semangat membeli sering meningkat! Oleh sebab itu, apa kata anda anda pula mengambil peluang ini dan tanamkan semangat dan emosi menjalankan perniagaan!
….Jika anda nak belajar buat dobi, klik sini

Begitulah dobi, bulan ramadhan ini kebiasaannya perniagaan dobi akan berkembang sebanyak 30% ke 50% . Ramadhan memang memberikan kebaikan kepada perniagaan dan anda tentu merasainya sendiri jika anda melakukan apapun perniagaan di kala ini. Bagi perniagaan dobi, musim ramadhan ini juga banyak yang yang menghantar curtain dan carpet untuk dicuci sempena syawal dan ada yang menghantar untuk mencuci bagi penyimpanan kerana ada yang membeli baru untuk di pasang pada tahun ini.Anda bagaimana?

Regards,
EZ Smart