Monday, September 6, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..

Salam Semua.
Hari Raya Aidilfitri tinggal hanya beberapa hari lagi.
Bagaimana bisnes DOBI anda .
Alhamdulillah dobi saya penuh pada minggu terakhir ini.
Anda bagaimana?

Saya rasa kesemua kedai dobi dalam keadaan kelam kabut menyiapkan langsir-langsir yang banyak dihantar pada hari-hari terakhir ramadhan.
Memang dah tak sabar saya untuk berhari raya di kampung bersama keluarga tercinta dan berhari raya dengan sanak saudara.
Masa ni lah kita dapat berjumpa mereka yang berada di perantauan yang pulang berhari raya setahun sekali, ada yang berubah rupa , ada yang telah menambah zuriat dan ada yang menayang kereta baru…( ini yang best nie…)


Ramadhan amatlah bererti bagi umat islam dan saya mengharap kita menggunakan peluang sepenuhnya untuk beribadat di bulan ini yang mana ganjarannya sangatlah tinggi (cuma saya mis juga sembahyang terawih, anda bagaimana?)

Dan satu lagi puasa mesti penuh yek?
Kalau tak penuh , anda tak layak beraya ..kata mak saya la…
(kecuali bagi orang perempuan)


Dan satu lagi…bayarlah zakat kerana ia menyucikan dosa kita semasa kita berpuasa kut-kut ada tersilap (perkara-perkara yang hampir membatalkan puasa)

Haaa...Bila tulis nie, macam ustaz pulak… Hehehe. Gurau aje.

Anda balik raya ke mana kali ni? Saya balik ke …Yan , Kedah.
Sambut di sana. Raya ke-2@3, baru balik ke Penang.
Dobi bercuti dari Raya Pertama sehingga Raya Ke-4.

Apapun... Saya memperingatkan supaya ANDA berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung.
Jangan merempit di jalan raya.
Jalan raya bukan tempat berlumba..
Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.

Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Jika ada salah silap dari saya, minta diampunkan. Saya manusia biasa tak boleh lari dari melakukan kesilapan...

SELAMAT HARI RAYA

Salam dari saya,
Hezir
EZ SMART LAUNDRY
Owner of rahsiadobi.com

video

No comments: