Sunday, August 8, 2010

Dobi Pada Bulan Ramadhan,

Salam Semua,

Umat Islam serata dunia akan menyambut bulan mulia, bulan Ramadhan dalam beberapa hari saja lagi. Kemeriahan bulan puasa yang bakal tiba dengan bermacam-macam sambutan oleh kita seperti Pasar Ramadhan, khenduri berbuka, khenduri tarawih, berbuka bersama keluarga, dan juga membeli belah bagi persiapan hari Raya.

Di sinilah banyak usahawan-usahawan SEGERA yang mengambil peluang menjana pendapatan ketika bulan puasa sama ada di pasar Ramadhan dengan menjual makan minum, mahupun di gerai-gerai menjual pakaian dan aksesori untuk menyambut perayaan. Peluang di ambil dengan begitu bijak sekali.

Baru-baru ini saya ada berbual dengan seorang usahawan KUIH di bulan Ramadhan sahaja . Dia hanya menumpukan jualan kuih pada musim ramadhan melalui tempahan-tempahan yang di ambil di kilang-kilang, office-office dan juga orang perseorangan yang menempah. Terkejut saya, jualannya adalah melebihi RM50,000 sebulan. Wow..Dan ada juga usahawan yang berpendapatan sehingga beratus ribu ringgit!

Ini adalah kerana, ketika musim perayaan (tidak kira musim perayaan apa pun), emosi dan semangat membeli sering meningkat! Oleh sebab itu, apa kata anda anda pula mengambil peluang ini dan tanamkan semangat dan emosi menjalankan perniagaan!
….Jika anda nak belajar buat dobi, klik sini

Begitulah dobi, bulan ramadhan ini kebiasaannya perniagaan dobi akan berkembang sebanyak 30% ke 50% . Ramadhan memang memberikan kebaikan kepada perniagaan dan anda tentu merasainya sendiri jika anda melakukan apapun perniagaan di kala ini. Bagi perniagaan dobi, musim ramadhan ini juga banyak yang yang menghantar curtain dan carpet untuk dicuci sempena syawal dan ada yang menghantar untuk mencuci bagi penyimpanan kerana ada yang membeli baru untuk di pasang pada tahun ini.Anda bagaimana?

Regards,
EZ Smart

Wednesday, August 4, 2010

Perniagaan DOBI

Pengenalan

Pengetahuan am bagi dobi adalah vital bagi anda yang ingin mengusahakan bisnes ini. Bisness yang memerlukan anda anda mengetahui bagamana untuk mengasingkan pakaian mengikut textile dan color lalu memilih washing program yang sesuai. Anda juga perlu mengetahui bagaimana menggunakan detergent yang sesuai bagi melunturkan semua kekotoran yang melekat di pakaian yang hendak di cuci.

Washing atau cucian

Secara amnya , cucian dobi boleh diketagorikan mengikut jenis-jenisnya. Ada banyak cara bagi membuat cucian tetapi kebiasaannya ada 4 cara yang selalu di gunakan :-

 Tradisional washing
Ini adalah cara biasa yang digunakan di rumah anda iaitu menggunakan detergent, air dan mesin basuh bagi melunturkan kotoran.

 Wet Cleaning
Wet Cleaning adalah inovasi bagi dry cleaning. Ia menggunakan air sebagai solvent dan memerlukan special additive dan detergent bagi melunturkan kekotoran.

 Dry Cleaning
Dry Cleaning adalah sensitif air, ia menggunakan organic detergent bagi melunturkan kekotoran.

 Liquid CO2 Cleaning
Ini adalah teknologi terbaru dan belum diterokai sepenuhnya lagi. Ia menggunakan Liquid CO2 sebagai solvent dan ia boleh dikitar semula.


Jika anda inginkan maklumat lanjut , bacalah buku e-book saya . Klik sini

Monday, August 2, 2010

Manakah Mesin Basuh yang lebih sesuai ? Top Load ataupun Front Load?

Bagi mencari mesin basuh yang sesuai bagi kegunaan komersial, manakah menjadi pilihan anda?
Di sini ada beberapa faktor yang perlu di ambil kira untuk membuat pilihan.

Ketahanan dan Servis

Secara tradisional , top load telah menjadi pilihan dan di anggarkan paling tahan di tahan masyarakat kerana ia telah berada di pasaran yang lama dan dari segi “engineering” pun telah terbukti.

TETAPI, ia mempunyai beberapa masaalah dari segi mekanikal.

Baju Yang Rosak

Satu keistimewaan FRONT Load adalah menjaga baju anda daripada rosak. TOP Load menggunakan system “center agitator” yang memusingkan pakaian lalu mengeluarkan kotoran daripada pakaian tersebut tetapi FRONT Load tidak memerlukan “center agitator” tetapi ia berdasarkan “centrifugal force” yang terbentuk daripada putaran drum cycle yang kuat lalu ia mengeluarkan kotoran dan ia lebih membendung pakaian daripada rosak.

Ia membuatkan pakaian yang di basuh menggunakan front load adalah tahan lama lagi nampak menarik.

Penjimatan Energy

Top Load mesih basuh menggunakan air hampir penuh di dalam drumnya. Ini bermaksud ia menggunakan hampir 100% keseluhan drum manakala FRONT Load selalunya menggunakan 50% daripada Drum size.

Kuasa Perahan juga adalah lebih tinggi bilamana anda menggunakan FRONT LOAD dimana kuasanya adalah 1,000 revolutions per minute(rpm) jika di bandingkan dengan TOP LOAD yang hanya dalam lingkungan 600 ke 800 rpm.
Ini menyebabkan mesin FRONT Load membuatkan pakaian adalah berkeadaan “hampir kering” dan ia menjimatkan anda untuk pengeringan.

Jika anda inginkan maklumat lagi, silalah membaca Ebook saya. Klik sini