Wednesday, December 29, 2010

Bagaimana memasuki TENDER dobi kerajaan?

Tender kerajaan memerlukan setiap kedai dobi berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang kod 221708 . Setiap permohonan mesti di kemukan kepada Kementerian kewangan melalui Ecomerce Dot Com. Anda boleh membuat permohonan kepada agensi yang memberikan perkhidmatan ini . Kosnya , rasanya anda perlu bertanya sendiri kepada agensi yang terlibat. Setelah anda mendapat lesen kewangan ini anda boleh memasuki tender-tender kerajaan yang di-iklan di dada akhbar-akhbar tempatan ataupun anda di panggil bagi memasuki tender setelah anda berdaftar dengan Kementerian tersebut. Walaupun saya tidak pernah mendapat kontrak secara terus melalui urusan tender ini, banyak juga yang telah saya cuba untuk mendapatkan tender contohnya tender dobi bagi PLKN dan sebagainya. Mungkin sekarang ini jika kita memasuki sesuatu tender , ramai yang datang tidak kurang 100 syarikat dengan kekadang tu satu syarikat pulak membawa lebih dari 5 lesen. Ini yang terjadi bila saya memasuki tender PLKN dalam bulan 11 semasa sesi lawatan tapak. Ya, banyak syarikat yang terlibat dengan tender ini. Peluang orang baru memang tipis tetapi saya akan tetap mencuba selagi saya masih terlibat dengan bisnes DOBI ini.

Jadi untuk mengulas lanjut mengenai tender ini, mungkin saya tidak dapat membantu anda tetapi kebanyakan prosesnya mungkin saya boleh membantu. Saya banyak mendapat kontrak melalui sub-sub dari dobi lain dan inilah yang sedikit sebanyak membantu perjalanan syarikat saya…dari dobi untuk baju lokap, baju rela dan banyak sub untuk cadar sekolah.

Tahun ini juga tahun yang tak bernasib baik bagi tender kerajaan saya kerana satu pun tidak mengena tetapi alhamdullillah dobi saya masih mendapat sambutan walaupun telah ada saingan daripada pembukaan dobi baru di kawasan saya.

Sekian.
SELAMAT TAHUN BARU.

EZ Smart

Monday, November 15, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha 2010M / 1431H

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera !

Di kesempatan yang serba ringkas ini saya mewakili EZ Smart Laundry
ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha
buat semua pembaca blog saya yang setia dan hebat ini.

Kepada mereka yang ingin balik kampung, cubalah berhati-hati semasa memandu dan yang paling penting sekali, selamat pergi dan kembali dengan
selamat, dan yang masih bekerja saya ucapkan selamat maju jaya dalam apa jua urusan.
Moga dipermudahkan dan dirahmati Allah Rabbul Izzati.

Saya tahun ni hari raya korban di Penanti , Penang bersama keluarga. Jika
ada mana-mana mereka yang berkesempatan boleh jumpa sama-sama
solat hari raya di Masjid Guar Perahu, Penang :)


Selamat berhari raya !

Wassalam

Salam perjuangan,
Md Hezir Sulaiman
Pemilik rahsiadobi.com

Monday, September 6, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..

Salam Semua.
Hari Raya Aidilfitri tinggal hanya beberapa hari lagi.
Bagaimana bisnes DOBI anda .
Alhamdulillah dobi saya penuh pada minggu terakhir ini.
Anda bagaimana?

Saya rasa kesemua kedai dobi dalam keadaan kelam kabut menyiapkan langsir-langsir yang banyak dihantar pada hari-hari terakhir ramadhan.
Memang dah tak sabar saya untuk berhari raya di kampung bersama keluarga tercinta dan berhari raya dengan sanak saudara.
Masa ni lah kita dapat berjumpa mereka yang berada di perantauan yang pulang berhari raya setahun sekali, ada yang berubah rupa , ada yang telah menambah zuriat dan ada yang menayang kereta baru…( ini yang best nie…)


Ramadhan amatlah bererti bagi umat islam dan saya mengharap kita menggunakan peluang sepenuhnya untuk beribadat di bulan ini yang mana ganjarannya sangatlah tinggi (cuma saya mis juga sembahyang terawih, anda bagaimana?)

Dan satu lagi puasa mesti penuh yek?
Kalau tak penuh , anda tak layak beraya ..kata mak saya la…
(kecuali bagi orang perempuan)


Dan satu lagi…bayarlah zakat kerana ia menyucikan dosa kita semasa kita berpuasa kut-kut ada tersilap (perkara-perkara yang hampir membatalkan puasa)

Haaa...Bila tulis nie, macam ustaz pulak… Hehehe. Gurau aje.

Anda balik raya ke mana kali ni? Saya balik ke …Yan , Kedah.
Sambut di sana. Raya ke-2@3, baru balik ke Penang.
Dobi bercuti dari Raya Pertama sehingga Raya Ke-4.

Apapun... Saya memperingatkan supaya ANDA berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung.
Jangan merempit di jalan raya.
Jalan raya bukan tempat berlumba..
Pastikan tidak mengantuk semasa memandu.

Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Jika ada salah silap dari saya, minta diampunkan. Saya manusia biasa tak boleh lari dari melakukan kesilapan...

SELAMAT HARI RAYA

Salam dari saya,
Hezir
EZ SMART LAUNDRY
Owner of rahsiadobi.com

Sunday, August 8, 2010

Dobi Pada Bulan Ramadhan,

Salam Semua,

Umat Islam serata dunia akan menyambut bulan mulia, bulan Ramadhan dalam beberapa hari saja lagi. Kemeriahan bulan puasa yang bakal tiba dengan bermacam-macam sambutan oleh kita seperti Pasar Ramadhan, khenduri berbuka, khenduri tarawih, berbuka bersama keluarga, dan juga membeli belah bagi persiapan hari Raya.

Di sinilah banyak usahawan-usahawan SEGERA yang mengambil peluang menjana pendapatan ketika bulan puasa sama ada di pasar Ramadhan dengan menjual makan minum, mahupun di gerai-gerai menjual pakaian dan aksesori untuk menyambut perayaan. Peluang di ambil dengan begitu bijak sekali.

Baru-baru ini saya ada berbual dengan seorang usahawan KUIH di bulan Ramadhan sahaja . Dia hanya menumpukan jualan kuih pada musim ramadhan melalui tempahan-tempahan yang di ambil di kilang-kilang, office-office dan juga orang perseorangan yang menempah. Terkejut saya, jualannya adalah melebihi RM50,000 sebulan. Wow..Dan ada juga usahawan yang berpendapatan sehingga beratus ribu ringgit!

Ini adalah kerana, ketika musim perayaan (tidak kira musim perayaan apa pun), emosi dan semangat membeli sering meningkat! Oleh sebab itu, apa kata anda anda pula mengambil peluang ini dan tanamkan semangat dan emosi menjalankan perniagaan!
….Jika anda nak belajar buat dobi, klik sini

Begitulah dobi, bulan ramadhan ini kebiasaannya perniagaan dobi akan berkembang sebanyak 30% ke 50% . Ramadhan memang memberikan kebaikan kepada perniagaan dan anda tentu merasainya sendiri jika anda melakukan apapun perniagaan di kala ini. Bagi perniagaan dobi, musim ramadhan ini juga banyak yang yang menghantar curtain dan carpet untuk dicuci sempena syawal dan ada yang menghantar untuk mencuci bagi penyimpanan kerana ada yang membeli baru untuk di pasang pada tahun ini.Anda bagaimana?

Regards,
EZ Smart

Wednesday, August 4, 2010

Perniagaan DOBI

Pengenalan

Pengetahuan am bagi dobi adalah vital bagi anda yang ingin mengusahakan bisnes ini. Bisness yang memerlukan anda anda mengetahui bagamana untuk mengasingkan pakaian mengikut textile dan color lalu memilih washing program yang sesuai. Anda juga perlu mengetahui bagaimana menggunakan detergent yang sesuai bagi melunturkan semua kekotoran yang melekat di pakaian yang hendak di cuci.

Washing atau cucian

Secara amnya , cucian dobi boleh diketagorikan mengikut jenis-jenisnya. Ada banyak cara bagi membuat cucian tetapi kebiasaannya ada 4 cara yang selalu di gunakan :-

 Tradisional washing
Ini adalah cara biasa yang digunakan di rumah anda iaitu menggunakan detergent, air dan mesin basuh bagi melunturkan kotoran.

 Wet Cleaning
Wet Cleaning adalah inovasi bagi dry cleaning. Ia menggunakan air sebagai solvent dan memerlukan special additive dan detergent bagi melunturkan kekotoran.

 Dry Cleaning
Dry Cleaning adalah sensitif air, ia menggunakan organic detergent bagi melunturkan kekotoran.

 Liquid CO2 Cleaning
Ini adalah teknologi terbaru dan belum diterokai sepenuhnya lagi. Ia menggunakan Liquid CO2 sebagai solvent dan ia boleh dikitar semula.


Jika anda inginkan maklumat lanjut , bacalah buku e-book saya . Klik sini

Monday, August 2, 2010

Manakah Mesin Basuh yang lebih sesuai ? Top Load ataupun Front Load?

Bagi mencari mesin basuh yang sesuai bagi kegunaan komersial, manakah menjadi pilihan anda?
Di sini ada beberapa faktor yang perlu di ambil kira untuk membuat pilihan.

Ketahanan dan Servis

Secara tradisional , top load telah menjadi pilihan dan di anggarkan paling tahan di tahan masyarakat kerana ia telah berada di pasaran yang lama dan dari segi “engineering” pun telah terbukti.

TETAPI, ia mempunyai beberapa masaalah dari segi mekanikal.

Baju Yang Rosak

Satu keistimewaan FRONT Load adalah menjaga baju anda daripada rosak. TOP Load menggunakan system “center agitator” yang memusingkan pakaian lalu mengeluarkan kotoran daripada pakaian tersebut tetapi FRONT Load tidak memerlukan “center agitator” tetapi ia berdasarkan “centrifugal force” yang terbentuk daripada putaran drum cycle yang kuat lalu ia mengeluarkan kotoran dan ia lebih membendung pakaian daripada rosak.

Ia membuatkan pakaian yang di basuh menggunakan front load adalah tahan lama lagi nampak menarik.

Penjimatan Energy

Top Load mesih basuh menggunakan air hampir penuh di dalam drumnya. Ini bermaksud ia menggunakan hampir 100% keseluhan drum manakala FRONT Load selalunya menggunakan 50% daripada Drum size.

Kuasa Perahan juga adalah lebih tinggi bilamana anda menggunakan FRONT LOAD dimana kuasanya adalah 1,000 revolutions per minute(rpm) jika di bandingkan dengan TOP LOAD yang hanya dalam lingkungan 600 ke 800 rpm.
Ini menyebabkan mesin FRONT Load membuatkan pakaian adalah berkeadaan “hampir kering” dan ia menjimatkan anda untuk pengeringan.

Jika anda inginkan maklumat lagi, silalah membaca Ebook saya. Klik sini

Thursday, July 29, 2010

TAWARAN MENJADI AGENT JUALAN EBOOK SAYA

Assalamualaikum Semua,

Salam hormat kepada anda semua, di harap anda semua berada di dalam limpah kurniaNYA selalu. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana membaca blog ini dan juga yang membeli ebook saya. Banyak komen yang positive kepada saya dan alhamdullillah banyak yang telah memanfaat buku ini bagi membina empayar perniagaan dobi anda.
Perniagaan dobi telah menaikkan ekonomi saya dan saya amat berharap anda semua begitu. Anda semua mestilah cekal menghadapi risiko yang mendatang dan tabahkan untuk menghadapinya. Jangan berputus asa jika anda mempunyai masalah , share lah dengan kekawan dan yang paling penting usahakan bagi memperbaiki kelemahan kita.
Dengan rasa rendah diri saya menjemput sesiapa saja untuk menyertai saya sebagai agent jualan (affiliate ) RahsiaDobi.com dan anda akan di berikan komisen jika ada pembelian dibuat dari link anda.

ANDA Dijemput Menyertai Program AFFILIATE Bersama RahsiaDobi.com!!!!

Apa itu program affiliate RahsiaDobi.com?

1. Program affiliate RahsiaDobi.com adalah sah di sisi undang-undang. Ia bukan skim cepat kaya, autodownline, skim pelaburan internet ataupun MLM.
2. Program affiliate RahsiaDobi.com ialah satu program dimana anda akan diberi komisyen sebanyak RM30 apabila ada seseorang membeli produk daripada RahsiaDobi.com hasil daripada promosi yang anda lakukan melalui link affiliate anda.
3. Anda dikehendaki mendaftar sebagai agen affiliate terlebih dahulu untuk mendapatkan link affiliate dan anda secara automatik akan menjadi agen affiliate RahsiaDobi.com.
4. Link affiliate anda adalah unik. Anda boleh mempromosikan link affiliate anda samada menggunakan e-mel (tetapi jangan menghantar SPAM) atau banner yang disediakan melalui kod yang akan diberikan dan diletakkan di dalam laman web atau blog anda.

Bagaimana anda akan dibayar KOMISEN?

1. Apabila anda membuat promosi melalui link affiliate anda, pengunjung yang berminat akan klik pada link affiliate atau banner tersebut.
2. Apabila banner tersebut di klik, pengunjung akan dibawa ke laman web RahsiaDobi.com
3. Secara automatik komputer akan merekodkan id affiliate anda tanpa disedari pengunjung.
4. Sekiranya pengunjung membuat pembelian, rekod pembelian tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem.
5. Anda akan dimaklumkan melalui email yang telah didaftarkan jumlah komisen anda yang terkumpul.

6. Sistem affiliate ini telah diprogramkan. Ianya telus dalam merekodkan sebarang jual-beli yang berlaku di laman web RahsiaDobi.com.
7. Pembayaran akan dibuat terus ke akaun bank anda selepas semakan dengan komisen terkumpul minima RM100. Bagaimanapun, kami tidak akan membuat pembayaran terhadap affiliate palsu.


Kelebihan menjadi agen affiliate RahsiaDobi.com

1. Pendaftaran adalah PERCUMA!! Tiada sebarang modal diperlukan
2. Pendapatan anda tiada had dan tiada tamat tempoh selagi anda mempromosikan link affiliate anda selagi itu anda berpeluang menjana pendapatan. 100% komisen adalah milik anda.
3. Tidak perlu berurusan dengan pembeli sama ada urusan pertanyaan, pembayaran mahupun penghantaran.


Bagaimanakah caranya untuk membuat promosi?

1. Copy & Paste link affiliate anda di email dan letakkan sebagai signature.
Contoh link affiliate: http://www.RahsiaDobi.com/aff/?id=1622

2. Copy code banner pilihan anda dengan login terlebih dahulu ke halaman affiliate control panel dan paste pada website atau blog anda. Anda juga boleh meletakkan banner tersebut pada website-website atau blog-blog pengiklanan.
Contoh Banner :-

PROMOSI SAHAJA ANDA AKAN DIBERIKAN KOMISEN JIKA ADA PEMBELI MELALUI LINK ANDA.

YA, Saya ingin Mendaftar...DAFTAR SEKARANG.

Wednesday, July 28, 2010

Tahniah Kepada PUSAT DOBI NAS SENTOSA

Salam Semua,

Hari ini saya betul-betul gembira sangat kerana mendapat sms ini.......

"Sukacitanya saya dan isteri menjemput abah, ayah, mak, saudara mara, sahabat serta seisi keluarga semua ke majlis pembukaan rasmi PUSAT DOBI NAS SENTOSA ENT di alamat lot 7, Taman Progresif, Repoh, 01000 Kangar Perlis berdekatan autocarwash repoh pada 31/07/2010 hari sabtu..Majlis bermula jam 1 petang. Bacaan yassin pada pukul 2 petang dan seterusnya sehingga jam 5 petang..diharap dgn kehadiran semua memberkati lagi majlis dan perniagaan kami sekeluarga.Sekian.Terima Kasih ..Saya Shamsul azmee @ isteri"

Saya pun membalas balik...
"Salam, Tahniah di atas pembukaan kedai tuan. Harap Maju Jaya"...

Kemudian di balasnya En Shamsul...
"Waalaikumussalam, Thanks di atas tunjuk ajar tuan. Kalau berkesempatan boleh datang melawat kedai saya..."

Alhamdulillah....seronoknya saya hari ini. Kerana ebook saya dapat dimanfaatkan oleh semua yang membacanya dan apatah lagi boleh membuka kedai.

Saya menyeru masyarakat perlis terutama di kawasan TAMAN PROGRESIF datanglah beramai-ramai ke majlis En Shamsul dan yang penting sokonglah beliau .

Kepada En Shamsul, SELAMAT MAJU JAYA...

Hezir
11:22 PM
28 Jul 2010

Thursday, May 20, 2010

Kenapa anda ingin membuka kedai dobi?

Banyak orang bertanya kenapa saya membuka bisnes DOBI, jadi saya bertanya pula kepadanya….apakah bisnes yang anda rasa senang bagi anda untuk mengurus dan modal yang rendah……itulah jawapannya…
Banyak daripada ragu-ragu untuk memasuki bisnes ini dengan melihat iklan-iklan berbunyi ….
DOBI UNTUK DIJUAL atau
BISNES DOBI UNTUK DIAMBIL ALIH…

memang saya akui bisnes ini banyak cabaran ….perkara-perkara yang tak dijangka akan berlaku dan adakah kita benar-benar memahami bisnes ini…Income dobi juga adalah tidak sebanyak kedai runcit sehari, sebaris dengan kedai saya, ada kedai runcit dan bila ditanya pendapatannya sehari, katanya average adalah RM1500 ~ RM 2500 tetapi dobi saya adalah sekitar RM150 ~ RM250 , so memang banyak pendapatan kedai runcit tetapi berapakah untungnya ? Untung runcit bagi kedai runcit adalah sekitar 10% sahaja , jadi untungnya adalah lebih kurang RM150 ~RM250 dan bagi dobi pula untungnya adalah sekitar 70% so untung saya sehari adalah sekitar RM100~RM175 , so yang mana pilihan anda..tepuk dada tanya selera…..
Dan ada yang bertanya pula, bila nak belajar DOBI nie, seelok-elok dengan siapa?
Dan , bila kita ikut cakap orang tua-tua dulu, bila nak mengaji , dia akan hantar kepada tok guru yang memang arif dan tok guru ini pun memang cikgu/mahir dalam mengaji, so bila nak belajar , carilah orang yang betul-betul arif di dalam bidangnya dan orang yang arif di dalam dobi adalah
1. Orang yang dah berpengalaman menguruskan dobi
2. Orang yang telah membuka kedai dobi yang melebihi 2 tahun
3. Orang yang tahu selok belok perjalanan kedai dobinya…

Banyak saya jumpa orang membekalkan mesin dobi tetapi dia sendiri tiada pengalaman mengendalikan mesin tersebut dan dia juga tidak mengetahui jenis pakaian yang boleh dibasuh dengan mesin tersebut. Saya bukanlah pandai tetapi saya mempunyai pengalaman menguruskan kedai dobi selama lebih 3 tahun dan anda boleh datang sendiri di kedai saya bagi melihatkan kesungguhan saya di dalam bisnes dobi ini.

Bacalah ebook saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai DOBI bisnes..
Lawat http://ebookdobi.blogspot.com

Tuesday, March 9, 2010

Adakah anda sedang tercari-cari bisnes yang sesuai.


"Adakah anda sedang tercari-cari perniagaan yang sesuai untuk anda mulakan. Mungkin anda rasakan Perniagaan DOBI sesuai bagi anda. Ketahuilah selok belok perniagaan ini dengan e-book DOBI KHOWHOW ini dan ia mungkin merubah masa depan ekonomi anda!!!!"

IKLAN~~LAPORAN PERCUMA : RAHSIA JUTAWAN DARI RUMAH


Adakah ini yang masih bercelaru di dalam minda anda sekarang....
Tiada ilmu langsung terhadap bisnes ini
Tidak tahu arah tujuan bagaimana membina bisnes ini
Kursus telah dihadiri tetapi masih tidak cukup ilmu dan kurang yakin.
Kursus telah dihadiri tetapi mendapati maklumat tidak lengkap.
Takut untuk menghadiri kursus kerana 'fees' yang dikenakan terlalu mahal.
Tidak mahu hadiri kursus sebab mahal.
Tidak ada masa untuk hadiri kursus

Adakah anda menghadapi masaalah seperti di atas. Jika jawapannya "YA" , bagaimanakah anda ingin meneruskan impian anda………...
"Jadi..dapatkan Maklumat berkenaan Bisnes Dobi dengan Cara yang lebih Mudah dan Berkesan. Langkah Demi Langkah tanpa meninggalkan keluarga dan keselesaan anda"


Ya, ramai orang kata senang buat duit dengan bisnes dobi ini. Memang benar! Semudah ABC jika anda tahu cara yang sebenarnya. Tapi anda pasti fikir yang bisnes dobi ini:

"Aku ni bukan tahu dobi-mendobi ni, bagaimana pula nak mulakannya.."
"Aku mana ada modal nak mula. Mesti pakai modal besar ni.."
" Aku mana ada masa sangat..siang kerja, malam dengan family..tiada masa lah.."
"Betul ke bisnes dobi ni? Boleh dapat duit ke?"
" Takutlah! Kalau tak dapat hasil camne ye…"
" Tak tahulah nak buat promosi ni..cam susah je."
" Halal ke bisnes dobi ni?"


Bagaimana? Sekurang-kurangnya pasti salah satu dari persoalan berikut terfikir oleh anda.
Itulah penghalang bagi anda untuk memulakan bisnes DOBI ni , ditambah lagi dengan wujudnya perniagaan dobi ini untuk dijual didalam akhbar-akhbar tempatan dan seperti biasa, kata-kata pelemah semangat dari keluarga atau rakan-rakan…

"Saya juga alami masalah seperti anda dahulu.."
Untuk makluman anda, suatu ketika dulu iaitu sebelum May 2006, saya juga seperti anda. Saya banyak hutang, walaupun kerja tetap, dapat gaji habis bayar hutang saja. Pening kepala! Hutang kad kredit dan lain-lain hutang, bersih saya dapat dari gaji saya pada masa itu hanyalah RM100 ke RM200. Tulah duit yang boleh saya belanjakan..Tapi, kehidupan saya berubah selepas saya memulakan bisnes dobi ini secara part time berdasarkan hasil kajian saya sendiri, tidak ada tunjuk ajar dari sesiapa.



IKLAN~~LAPORAN PERCUMA : RAHSIA JUTAWAN DARI RUMAH


Saya berhutang dengan bank RM50,000 dan modal saya sendiri RM30,000 untuk membuka bisnes ini dan alhamdulillah , setelah 3 tahun , saya mendapat hasilnya. Dan sehingga kini, saya sentiasa melakukan try anda error dalam pemasaran dobi saya . Tapi kini hasilnya...Alhamdulillah.
Anda juga boleh seperti saya, menjana pendapatan melalui bisnes DOBI. Tapi, anda tidak perlu alami kesusahan seperti yang saya alami untuk memulakan bisnes DOBI. Anda tidak perlu hadapi semua masalah itu..
Sebabnya saya telah menulis kesemua yang anda perlukan dalam ebook saya….
Sekarang dengan ebook DOBI BISNES KNOW HOW anda boleh mengetahui BISNES DOBI tanpa membazirkan MASA dan WANG RINGGIT untuk mengikuti kursus dan latihan yang jauh dari rumah anda. Anda boleh lakukan di RUMAH bersama keluarga tersayang.

Maklumat tersedia di depan mata , Perniagaan Dobi dengan Cara yang lebih mudah dan Berkesan. Langkah Demi Langkah tanpa meninggalkan keluarga dan keselesaan anda.


Dengan berbekalkan pengalaman yang hampir 3 tahun maka lahirlah EBOOK BISNES DOBI KNOW HOW, dengan tujuan membantu menyediakan asas dan maklumat terkini yang kukuh kepada bakal-bakal usahawan yang berminat didalam perniagaan ini.
Perniagaan DOBI berkembang dengan pesat dan pusat DOBI tumbuh bagaikan cendawan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Anda juga boleh lihat berbagai pertanyaan berkenaan perniagaan ini di forum-forum utama dan juga kesanggupan institusi bank dan badan kerajaan menyediakan Dana memulakan perniagaan DOBI, seperti MARA, Tekun, PUNB dan sebagainya. Tidak kurang juga Perniagaan DOBI yang ingin dijual seperti yang selalu terdapat di dalam akhbar-akhbar tempatan.

Bisnes Dobi sebenarnya suatu bisnes yang boleh mendatang keuntungan yang lumayan dan amat mudah untuk diuruskan. Oleh sebab itu RAHSIA perniagaan ini TERSIMPAN sejak berabad lamanya dan tidak diterokai oleh orang bumiputera khususnya tetapi akhir-akhir ini banyak sudah dobi-dobi bumiputera tetapi banyak juga masalah yang timbul kerana kurangnya pengetahuan dalam bidang ini secara terperinci.

MENGAPAKAH BISNES DOBI INI MUDAH DIJALANKAN? KERANA.....
Amatlah Mudah Untuk Dijalankan
Keuntungan yang tinggi
Boleh Dijadikan Perniagaan Warisan Keluarga
Kos Operasi yang Rendah
Kos Memulakan Perniagaan yang Rendah.
Hakikatnya bisnes ini sangat menguntungkan jika kena caranya.
Anda mungkin mempunyai hajat dan niat untuk memulakan perniagaan DOBI, tetapi mempunyai bermacam-macam persoalan yang perlu dijawab, diantaranya.....

Bagaimana Mendapatkan Bantuan Mengenai Lesen Perniagaan?
Bagaimana Mendapatkan Bantuan Mengenai Lesen Perniagaan?
Dimanakah Mendapatkan Bantuan Kewangan?
Apakah Jenis Mesin Yang Sesuai Digunakan?
Bagaimanakah membuat susunatur kedai?
Berapakah modal untuk memulakan Perniagaan Dobi?
Apakah Saya Layak Menjalankan Perniagaan Dobi?
Apakah Proses Operasi Kedai Dobi?
Bagaimanakah Mencari Lokasi yang Kedai yang Sesuai?.
Apakah Peralatan yang Perlu disediakan?
Apakah Ciri-ciri Lokasi yang Baik?
Apakah konsep Dobi yang sesuai dijalankan?
Kepada siapakah boleh dirujuk jika menghadapi masalah?
Apakah Masalah yang dijangka akan timbul?



Mungkin terdapat seribu satu soalan yang anda fikirkan, yang menyebabkan anda berhati-hati untuk memulakan perniagaan ini. Apakah anda berasa setimpal dengan bayaran atau fees yang akan dikenakan sekiranya anda menghadiri bengkel dan seminar perniagaan ini?. Boleh anda mengingati semua maklumat yang diberikan semasa bengkel dijalankan?. Antara masalah utama yang selalu ditanya oleh bakal usahawan adalah berkenaan kos menghadiri seminar yang tinggi dan maklumat yang tidak lengkap, ia termasuk juga kos makan dan minum, penginapan, petrol, tol dan terpaksa meninggalkan keluarga hanya terpaksa menghadiri bengkel yang diadakan.
Kini Anda Tidak Perlu Lagi Memikirkan Masalah Tersebut dan Memeningkan Kepala Anda. DOBI BISNES KNOW HOW – Akan memberikan tunjuk ajar bagaimana memulakan bisnes DOBI dan akan dapat melegakan masalah anda dan menukar pengetahun anda menjadi seorang EXPERT dalam bisnes ini.......


IKLAN~~LAPORAN PERCUMA : RAHSIA JUTAWAN DARI RUMAH


E-Book ini menyediakan 10 BAB yang menjadi panduan kepada Usahawan-usahawan DOBI.
1.Pengenalan
Menerangkan kepada anda bisnes dobi dengan bisnes yang lain.
2.Definasi DOBI
Definasi DOBI dan jenis-jenisnya. Anda akan mengetahui jenis bagaimana dobi yang anda
inginkan.
3. Memahami siapakah pelanggan anda?
Memahami pelanggan anda dan kawasan manakah anda ingin meletakkan kedai anda.
4. Memahami proses-proses DOBI?
Memahami secara lengkap proses-proses dobi dan juga mengira kosnya.
5. Memahami marketing strategi?
Memahami marketing strategi untuk dobi anda dan strategi yang boleh anda gunakan untuk
meningkatkan jualan.
6. Feasibility Study bagi DOBI.
Ini adalah kajian yang boleh anda lakukan untuk melihat adalah menguntungkan jika anda
membuka dobi di sesuatu kawasan.
7. Grand Opening
Bagaimana untuk membuat sedikit kejutan di hari pembukaan kedai anda.
8. Pengurusan DOBI
Selok belok pengurusan DOBI.
9. Bermulanya EZ Smart
Cerita bagaimana saya membuka dobi.
10. Penutup
Menariknya saya sisipkan kesemua kos-kos saya membuka dobi dan sisipan salah satu
"branded" mesin dobi…


Siapakah yang perlu membeli Ebook DOBI Know How?
E-Book yang lengkap ini, saya yakin perlu dimiliki oleh setiap usahawan yang berpandangan jauh.

Usahawan yang berminat dengan Perniagaan Dobi
Usahawan Dobi yang ingin Menambah Pengetahuan Berkenaan Perniagaan Dobi
Pegawai-Pegawai Bank, Agensi Kerajaan yang terlibat dalam Menilai 'Pelan Perniagaan' Usahawan
Pelajar-pelajar yang membuat Kursus Usahawan dan Menjadikan 'Perniagaan Dobi' sebagai Kajian atau Analisa
Bakal-bakal pesara yang sedang mencari peluang perniagaan yang ingin diceburi

Apakah yang akan anda perolehi selepas membaca Ebook DOBI Know How ?.
Anda Sudah Memahami Adakah Bisnes Dobi Ini Serasi Atau Tidak Dengan Jiwa Anda.
Anda Sudah Memahami Asas Operasi Dobi
Anda Sudah Memahami Bagaimana Menguruskan Bisnes Dobi
Anda Sudah Memahami Bagaimana Mengira Kos-kos Dobi
Anda Sudah Memahami Apakah Ciri-ciri Lokasi Yang Sesuai Untuk Kedai Dobi Anda
Anda Sudah Memahami Konsep Kedai yang sesuai untuk kedai dobi anda.
Anda Sudah Memahami Jenis mesin yang Sesuai untuk kedai dobi anda
Anda Sudah Memahami Bagaimana Membuat Marketing Strategy
Anda sudah Bersedia Untuk Membuka Bisnes Dobi



OK lah, saya berminat dengan Ebook Dobi Know How ini, Berapakah harganya ?
Jadi berapakah harga yang sanggup anda bayar kepada satu EBOOK yang dapat memberikan anda dengan ilmu dan pengetahuan yang di KUMPUL selama 3 tahun dalam masa 1 hari?
Bukan….dengan harga RM280.00, RM250.00, RM200.00, RM180.00, RM150.00, RM120.00, RM90

Tapi hanya RM 80.00 untuk sebuah Ebook DOBI KNOW HOW

Hanya sms ke 0194300053


IKLAN~~LAPORAN PERCUMA : RAHSIA JUTAWAN DARI RUMAH


jika anda berminat….saya akan memberikan arahan lanjut bagi proses bank in
dan juga penghantarannya…..

Gagal Merancang, Adalah Anda Merancang Untuk Gagal
Hezir
mhezirs@gmail.com

Thursday, January 14, 2010

Perkhidmatan Dobi Layan Diri ~bahagian kedua…

"Bangun malam(pagi) balik malam", begitulah suasana hidup sekarang. Ia di monopoli oleh kesibukan pekerjaan dan setiap orang tidak ada masa bagi menguruskan makanan dan pakaian mereka. Maka terbitlah "mee segera" bagi orang yang tidak sempat memasuki dapur dan begitu jugalah pakaian mereka. So jalan penyelesaian bagi menguruskan pakaian mereka adalah perkhidmatan dobi layan diri. Ia semakin popular di negara kita lebih-lebih lagi di kampus institusi pengajian tinggi, asrama-asrama sekolah dan kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan tinggi.
Konsep telah lama diperkenalkan di Eropah dan Jepun tetapi masih baru di Malaysia dan mungkin akan menjadi satu bisnes yang amat di minati suatu hari nanti.
Dengan memasukkan wang 10 sen, 20 sen dan 50 sen, cucian pakaian dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat berbanding mencuci sendiri dengan tangan atau di rumah(tidak perlu pening kepala kos machine, elektrik atau air). Masa untuk mencuci juga sangat fleksibel: pagi, petang, siang atau malam mengikut keperluan sendiri. Caj juga murah.Jika anda berminat dengan bisnes ini, di mana tempat yang paling sesuai?Dua tempat yang menjadi tumpuan ialah kolej atau asrama penginapan pelajar IPT dan juga kawasan perumahan.Bagi pelajar, dobi layan diri memudahkan hidup mereka untuk belajar kerana dapat menguruskan masa mencuci tanpa mengganggu pelajaran. Bagi yang malas mencuci, dobi layan diri adalah jalan penyelesaian yang sangat hebat!Kolej kediaman yang menyediakan dobi seperti ini dapat memberi nilai tambah untuk perkhidmatan yang disediakan supaya pelajar dapat tinggal dengan selesa. Malahan pihak kolej tidak perlu menyediakan ruang yang luas untuk cucian tangan.Kadar caj yang dikenakan terhadap pengguna adalah bergantung kepada rundingan yang dibuat antara Pemilik Dobi Layan Diri dengan pemilik kolej/asrama tetapi standard caj adalah seperti berikut :
RM2.00-RM3.00 Setiap Basuhan standard (muatan maksima 7 kg)
Setiap Pengeringan RM3.00 (muatan maksima 7 kg)
Perkhidmatan 24 jam
Lokasi-lokasi mesin yang berdekatan iaitu di kediaman-kediaman pengguna
Persekitaran membasuh yang bersih dan cekap serta berkesan
Menjimatkan masa dan perbelanjaan
Faedah-faedah Untuk Pemilik Kolej/Asrama
Tiada kos operasi yang ditanggung pemilik kolej/asrama.
Dapat menjana kos sewaan tapak mesin.
Dapat menyediakan perkhidmatan pelbagai kepada pelanggan/pelajar
Meningkatkan nilai tambah kepada pemilik premis
Syarikat EZ Smart Enterprise ingin mengajak sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini sebagai pengusaha dobi layan diri dimana pengusaha boleh berbincang dengan pihak yang berkenaan-kolej/sekolah atau universiti bagi membekalkan perkhidmatan dobi layan diri ini. Syarikat EZ Smart Enterprise akan membekalkan mesin kepada pengusaha dengan harga yang berpatutan.
Jika anda memerlukan info boleh lah menghubungi saya di talian 019-4300053.