Monday, June 15, 2009

TERTINGGAL RM15,000….

Salam semua,

Hari ahad lepas , saya ada berborak dengan seorang pekerja dobi di kawasan sungai petani dan dari perbualan itu berkisar mengenai kejadian-kejadian menarik yang berlaku di dobi beliau. Katanya sepanjang dia mengendalikan dobi ada banyak perkara-perkara yang tak dapat dilupakan dan ada satu perkara yang tak dapat dilupakan sehingga hari ini iaitu pelanggan meninggalkan duit didalam pocket seluar, bukannya banyak tapi RM15,000 cash dengan note RM50 berbungkus. Terketar-ketar bila membukanya dan perasaan masa itu memanglah ada terdetik " mahu aje ku simpan duit ini" ..katanya di suatu benak hatinya…
Tetapi di sebabkan beliau ingin mengusahakan dobi yang amanah maka duit itu dipulangkan kepada tuanya..seorang doktor yang amat disenangi di sungai petani….
Perkhidmatan dobi banyak menjumpai barang-barang tinggalan pelanggan di dalam kocek seluar mereka dan selalunya $$$ menjadi carta nombor satu tinggalan barang. Kedai saya pun tidak terkecuali dan saya selalu nasihatkan pekerja saya memulangkan tinggalan $$$ kepada tuannya kerana ini adalah satu lagi perkhidmatan yang kita ingin tonjolkan, iaitu perkhidmatan yang JUJUR.

No comments: