Monday, August 2, 2010

Manakah Mesin Basuh yang lebih sesuai ? Top Load ataupun Front Load?

Bagi mencari mesin basuh yang sesuai bagi kegunaan komersial, manakah menjadi pilihan anda?
Di sini ada beberapa faktor yang perlu di ambil kira untuk membuat pilihan.

Ketahanan dan Servis

Secara tradisional , top load telah menjadi pilihan dan di anggarkan paling tahan di tahan masyarakat kerana ia telah berada di pasaran yang lama dan dari segi “engineering” pun telah terbukti.

TETAPI, ia mempunyai beberapa masaalah dari segi mekanikal.

Baju Yang Rosak

Satu keistimewaan FRONT Load adalah menjaga baju anda daripada rosak. TOP Load menggunakan system “center agitator” yang memusingkan pakaian lalu mengeluarkan kotoran daripada pakaian tersebut tetapi FRONT Load tidak memerlukan “center agitator” tetapi ia berdasarkan “centrifugal force” yang terbentuk daripada putaran drum cycle yang kuat lalu ia mengeluarkan kotoran dan ia lebih membendung pakaian daripada rosak.

Ia membuatkan pakaian yang di basuh menggunakan front load adalah tahan lama lagi nampak menarik.

Penjimatan Energy

Top Load mesih basuh menggunakan air hampir penuh di dalam drumnya. Ini bermaksud ia menggunakan hampir 100% keseluhan drum manakala FRONT Load selalunya menggunakan 50% daripada Drum size.

Kuasa Perahan juga adalah lebih tinggi bilamana anda menggunakan FRONT LOAD dimana kuasanya adalah 1,000 revolutions per minute(rpm) jika di bandingkan dengan TOP LOAD yang hanya dalam lingkungan 600 ke 800 rpm.
Ini menyebabkan mesin FRONT Load membuatkan pakaian adalah berkeadaan “hampir kering” dan ia menjimatkan anda untuk pengeringan.

Jika anda inginkan maklumat lagi, silalah membaca Ebook saya. Klik sini

No comments: