Wednesday, December 29, 2010

Bagaimana memasuki TENDER dobi kerajaan?

Tender kerajaan memerlukan setiap kedai dobi berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang kod 221708 . Setiap permohonan mesti di kemukan kepada Kementerian kewangan melalui Ecomerce Dot Com. Anda boleh membuat permohonan kepada agensi yang memberikan perkhidmatan ini . Kosnya , rasanya anda perlu bertanya sendiri kepada agensi yang terlibat. Setelah anda mendapat lesen kewangan ini anda boleh memasuki tender-tender kerajaan yang di-iklan di dada akhbar-akhbar tempatan ataupun anda di panggil bagi memasuki tender setelah anda berdaftar dengan Kementerian tersebut. Walaupun saya tidak pernah mendapat kontrak secara terus melalui urusan tender ini, banyak juga yang telah saya cuba untuk mendapatkan tender contohnya tender dobi bagi PLKN dan sebagainya. Mungkin sekarang ini jika kita memasuki sesuatu tender , ramai yang datang tidak kurang 100 syarikat dengan kekadang tu satu syarikat pulak membawa lebih dari 5 lesen. Ini yang terjadi bila saya memasuki tender PLKN dalam bulan 11 semasa sesi lawatan tapak. Ya, banyak syarikat yang terlibat dengan tender ini. Peluang orang baru memang tipis tetapi saya akan tetap mencuba selagi saya masih terlibat dengan bisnes DOBI ini.

Jadi untuk mengulas lanjut mengenai tender ini, mungkin saya tidak dapat membantu anda tetapi kebanyakan prosesnya mungkin saya boleh membantu. Saya banyak mendapat kontrak melalui sub-sub dari dobi lain dan inilah yang sedikit sebanyak membantu perjalanan syarikat saya…dari dobi untuk baju lokap, baju rela dan banyak sub untuk cadar sekolah.

Tahun ini juga tahun yang tak bernasib baik bagi tender kerajaan saya kerana satu pun tidak mengena tetapi alhamdullillah dobi saya masih mendapat sambutan walaupun telah ada saingan daripada pembukaan dobi baru di kawasan saya.

Sekian.
SELAMAT TAHUN BARU.

EZ Smart

4 comments:

Ikhwan Fahmi said...

tahniah atas kejayaan perniagaan anda :)

Unknown said...

as salam bagaimana saya nak membeli buku ez smart?

RaHiMi said...

Salam nak tanya boleh xkongsi macam mana cara nak kira kos utk dobi secara pukal @ tender??tq

dahljaemia said...

Casinos for Americans - Best Legal Online Gambling in NJ
New 블랙 잭 애니 Jersey is home to some 안전한바카라사이트 of the nation's largest w88 dashboard online 슬롯커뮤니티 gambling sites, with over 1,300 slots, poker, and video poker available 마블 슬롯 in the state. As