Monday, February 9, 2009

ARTIKEL PILIHAN MINGGU INI-KEBURUKAN DRY CLEANING@CUCIAN KERING

Apa yang saya dapati ialah cucian kering adalah cara yang membahaya dan tidak selari dengan kehendak Islam didalam aspek pencucian dan penyucian. Cucian kering di Malaysia boleh dikatakan semuanya menggunakan solvent Perchloroethylene (Perc) yang telah mula di berhentikan penggunaannya sedikit demi sedikit di Amerika dan Eropah kerana bahan ini telah terbukti membahayakan kesihatan kerana disyaki boleh menyebabkan barah, merosakkan buah pinggang, salur pernafasan dan lain lain serta mencemar alam sekitar dan udara.
Ia membahaya bukan sahaja kepada pekerja di kedai dobi malahan kepada pengguna kerana Perc tersebut akan tertinggal didalam kain setelah proses dan akan dihidu serta meresap melalui kulit pemakai baju tersebut. Ini amat berbahaya terutama kepada kaum wanita melayu yang rata-rata menggunakan baju sutera. Dari segi penyucian pula, Perc tersebut digunakan berkali-kali untuk mencuci baju dengan dikitar semula apabila mula didapati kotor, menggunakan proses distillation untuk membuang kotoran tetapi bolehkah ia digunakan semula untuk tujuan mensuci? Pengusaha pula tidak melakukan proses distillation ini pada setiap load cucian dan ini menyebabkan kotoran dari satu load cucian akan dipindahkan kepada load cucian yang baru. Saya telah menjumpai dua website yang mengatakan cucian kering didalam Islam adalah tidak menyucikan dan salah satu website tersebut mengatakan tidak sah sembahyang memakai baju yang telah di cuci kering.Saya terus membuat penyelidikan untuk mencari alternative untuk cucian kering dan alhamdullilah rupanya di Amerika dan Eropah telah meluas menggunakan kaedah 'Wet cleaning' selama 12 tahun dimana mesin khas menggunakan bahan pencuci yang khas dan air digunakan untuk mencuci sutera dan fabrik lain yang dahulunya hanya di cuci kering. Tiada apa-apa yang diguna semula atau di recycle untuk mencuci. Saya mula mencari pembekal alat tersebut dan rupanya di Malaysia sistem Wet clean ini telah mula digunakan oleh pengusaha dobi. Malangnya mereka tidak berani untuk memberitahu pengguna mengenai sistem ini dan masih 'claim' yang mereka menjalan cucian kering, mungkin kerana takut tidak diterima oleh pengguna di Malaysia padahal hasil cuciannya amat baik dan banyak kelebihan lain. Saya ingin menekankan disini bahawa sistem wet clean ini memberi lebih banyak kelebihan dari cucian kering (terlalu banyak untuk diterangkan disini, mungkin lain kali) dan hasilnya lebih baik dari cucian kering. Mungkin dahula kita tidak ada pilihan untuk mencuci baju sutera, jaket dan lain yang memerlukan cucian kering, tetapi sekarang alhamdullilah kita telah ada pilihan menggunakan sistem wet clean yang selamat dan selari dengan kehendak mensuci secara Islam. Apa yang perlu sekarang adalah mendidik pengguna tentang kebaikan sistem ini dan pengguna sepatutnya menyokong penggunaannya dan berhenti menggunakan cucian kering yang menggunakan solvent Perc. Pengusaha dobi yang menggunakan sistem wet clean telah menggunakannya tanpa sebarang masalah. Saya akan cuba bertanya kepada pembekal sistem ini senarai pengusaha Wet clean dan kita bolehlah mula menggunakan perkhidmatan ini. Saya telah memulakan perniagaan dobi saya dan menggunakan sistem wet clean ini .Saya ingin mendapatkan pendangan dari yang arif ugama dan lebih baik lagi sekiranya ada fatwa mengenai cucian kering kerana ia telah terbukti merbahayakan kesihatan dan bahan cuci Perc digunakan secara recycle dalam proses cucian kering. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keburukan cucian kering dan kelebihan 'Wet cleaning' bolehlah menaip 'perchloroethylene dry clean' atau wet cleaning di Google. Terima kasih

3 comments:

athira said...

di mana nak dptkan mesin "wet cleaning" .. ?

athira said...

ni email saya...
( che_tirah@yahoo.com)

Anonymous said...

Kebanyakan pengguna di luar sana sememangnya tidak tahu dan tertanya-tanya di mana mereka boleh mendapatkan pewangi pakaian yang biasanya digunakan di kedai-kedai dobi, bertujuan untuk digunakan sendiri di rumah. Untuk membantu pengguna, telah terdapat kedai dobi yang tampil ke hadapan menjual produk tersebut dalam kuantiti yang lebih kecil untuk memudahkan pengguna mendapatkannya.

Bukan sahaja pewangi pakaian, pelbagai produk dobi yang lain yang sukar untuk didapatkan di kedai-kedai runcit biasa juga pada masa ini boleh didapati di kedai-kedai dobi terpilih.

Sila layari laman web & blog http://www.cucicuci4u.com untuk mengetahui lebih lanjut.