Sunday, August 8, 2010

Dobi Pada Bulan Ramadhan,

Salam Semua,

Umat Islam serata dunia akan menyambut bulan mulia, bulan Ramadhan dalam beberapa hari saja lagi. Kemeriahan bulan puasa yang bakal tiba dengan bermacam-macam sambutan oleh kita seperti Pasar Ramadhan, khenduri berbuka, khenduri tarawih, berbuka bersama keluarga, dan juga membeli belah bagi persiapan hari Raya.

Di sinilah banyak usahawan-usahawan SEGERA yang mengambil peluang menjana pendapatan ketika bulan puasa sama ada di pasar Ramadhan dengan menjual makan minum, mahupun di gerai-gerai menjual pakaian dan aksesori untuk menyambut perayaan. Peluang di ambil dengan begitu bijak sekali.

Baru-baru ini saya ada berbual dengan seorang usahawan KUIH di bulan Ramadhan sahaja . Dia hanya menumpukan jualan kuih pada musim ramadhan melalui tempahan-tempahan yang di ambil di kilang-kilang, office-office dan juga orang perseorangan yang menempah. Terkejut saya, jualannya adalah melebihi RM50,000 sebulan. Wow..Dan ada juga usahawan yang berpendapatan sehingga beratus ribu ringgit!

Ini adalah kerana, ketika musim perayaan (tidak kira musim perayaan apa pun), emosi dan semangat membeli sering meningkat! Oleh sebab itu, apa kata anda anda pula mengambil peluang ini dan tanamkan semangat dan emosi menjalankan perniagaan!
….Jika anda nak belajar buat dobi, klik sini

Begitulah dobi, bulan ramadhan ini kebiasaannya perniagaan dobi akan berkembang sebanyak 30% ke 50% . Ramadhan memang memberikan kebaikan kepada perniagaan dan anda tentu merasainya sendiri jika anda melakukan apapun perniagaan di kala ini. Bagi perniagaan dobi, musim ramadhan ini juga banyak yang yang menghantar curtain dan carpet untuk dicuci sempena syawal dan ada yang menghantar untuk mencuci bagi penyimpanan kerana ada yang membeli baru untuk di pasang pada tahun ini.Anda bagaimana?

Regards,
EZ Smart

1 comment:

Su Yeop said...

Kebanyakan pengguna di luar sana sememangnya tidak tahu dan tertanya-tanya di mana mereka boleh mendapatkan pewangi pakaian yang biasanya digunakan di kedai-kedai dobi, bertujuan untuk digunakan sendiri di rumah. Untuk membantu pengguna, telah terdapat kedai dobi yang tampil ke hadapan menjual produk tersebut dalam kuantiti yang lebih kecil untuk memudahkan pengguna mendapatkannya.

Bukan sahaja pewangi pakaian, pelbagai produk dobi yang lain yang sukar untuk didapatkan di kedai-kedai runcit biasa juga pada masa ini boleh didapati di kedai-kedai dobi terpilih.

Sila layari laman web & blog http://www.cucicuci4u.com untuk mengetahui lebih lanjut.